Thursday 27 June 2013

Jaulah Osem Sdn. Bhd

Mandi tak basah, makan tak ada feeling, dan bermacam perasaan dialami di saat menunggu waktu dan hari 23hb Mei 2013 merupakan first fligth ke Peninsular Malaya and lending at Johor Baharu. Walaubagimanapun, hati dan akal sentiasa cool dan steady mengulangkaji pelajaran persediaan untuk exam selama 2 week sebelum berangkat ke JB. Hati berbunga-bunga berbaur terharu dan perasaan yang tidak didapat digambarkan dengan kata-kata akan kebahagian kerana diri sangat bersyukur pada Maha Pencipta kerana memberi peluang untuk diri ini menempah kaki ke bumi semenanjung yang selama ini agak mustahil untuk mengimpikannya. Akhirnya saya berjaya dengan izin Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah memberikan kekuatan untuk berdiri tegak, berwajah ceria melihat kekuasaan dan kebesaran Allah.. Subahanallah..!

Man'haj atau motif utama untuk memilih jaulah persendirian adalah atas kekuatan dan keberanian pada diri telah digarap sejak kaki melangkah melajutkan pengajian di bumi Sarawak dengan situasi yang sama pergi berbekalkan nasihat ibu ayah dan cikgu kesayangan. atas faktor kewangan dan faktor lain, ibu ayah tak dapat menghantar terus ke bumi Sarawak. Namun, mereka yang disayangi sangat mempercayai diri ini sehinggakan tekad melakukannya sendirian dengan menyerah segalanya kepada Allah.. Tawakaltu Illahi Ta'ala, Law lahaawala Kuatu Illah Billah il'azim. Cuba bayangkan diri terkapai-kapai tanpa ilmu untuk menuju lapangan terbang KK dan airport Sibu tanpa diiringi sesiapa namun dengan keazaman pada diri sanggup dan berkorban untuk hanya sementara. Keputusan untuk berjaulah dengan faktor dorongan usrahmate dikukuhkan dengan tarikan tiket fligth murah pada masa itu. Justeru saya tekad nak berjaulah ke Johor, Melaka, Kuantan, Terenganu dan Shah Alam. Alhmdulillah.. Ya Allah kerana mempermudahkan urusan hambaMU ini.. Motif utama saya memilih untuk berjaulah seorang atas kerana ingin mencari redha Allah, mendekatkan diri dengan Allah dan saya sangat dahagakan tarbiyyah dari Allah dan akhirnya sekali kerana ingin berjumpa dengan akhowat2 dan Ukhti2 Fillah yang berada di semenanjung. Allah sangat dekat dan Maha Mendengar keinginan saya. Saya berpegang pada ayat Allah yang berbunyi:

"Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNYA dan berjihadlah pada jalanNYA supaya kamu peroleh kejayaan." [QS al-Ma'idah: 35]



Secara ringkas kisah jaulah Sdn Bhd ini saya ukirkan dengan perasaan yang teramat bersyukur dan teruja dan terharu. Hanya Allah yang tahu isi hati yang sentiasa mengagungkan kebesaran Allah. Melihat bentuk muka bumi dan persekitaran sepanjang berada di peninsular Malaya. "Betul ke ni, saya sekarang berada di semenanjung.."?
Allah, saya sering mengangkat kesyukuran dan memperbanyakkan memuji akan kebesaran Allah.. Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..!!!
Jaulah ini saya sangat mengharapkan sesuatu yang bererti berlaku pada saya untuk saya bawa balik ke Sarawak dan Sabah bagi panduan dan Ibrah yang boleh saya jadikan pengalaman dalam lebih melajur dalam medan tarbiyah dan dakwah ini. InshaAllah. 

Pengalaman pertama saya semasa berada di rumah akhowat AO (nama singkatan) di JB. kehidupan akhowat boleh dikatakan kaya dan senang berbanding keluarga saya dan akhowat AZ (nama singkatan). Walaubagaimanapun, bukan menjadi ukuran dan bukan semuanya orang kaya ini jahat seperti diwawarkan dalam cerita drama dan bukan semua orang kaya suka boros dan kedekut. Saya bertambah memuji Allah kerana atas nikmat kekayaan dan rezeki keluarga akhowat AO sangat dilimpah ruahkan.. alhmdulillah.. ditambah lagi, mereka menyalurkan harta di jalan Allah dengan bersedekah dan membelinya untuk keperluan asasi hidup. alhmdulillah. Minda saya terbuka luas bila berhadapan dengan pelbagai renca kehidupan masyarakat di luar sana. Allahu Robbi. banyaknya tanggungjawabku, besarnya harapan umat kepadaku untuk memandu dan membimbing mereka. Allah, layakkah aku..? Ilmuku hanya seciput, layakkah aku..? sedihnya memikirkan umat sekarang... =(

Saya lebih kehadapan bila memikirkan tentang umat. saya sayang umat Islam selaku saudaraku di Syurga kelak..Allahu Robbi.. Maafkan aku ya Allah..!
Hati dan perasaan saya terasa patuh dan malu pada diri akan kesedaran pada diri akan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri ini. Allahu Robbil.. Saya sayangkan umat..! seperti mana diceritakan dalam hadis Rasulullah saw sangat menyayanggi dan merindui umat akhir zaman sehingga ke akhir hayat Rasulullah juga menyebut "Umati..umati" umatku..umatku kata Rasulullah.. Allahu Robbi.. Sungguh kami juga sangat merindui Rasulullah saw dan ingin memeluknya. Sampaikan salam sayang dan rindu kami pada KekasihMu Ya, Allah..! 
-bersambung-

Sunday 28 April 2013

Keberanian Da'ei


Dalam kehidupan ini, tidak bermakna andai hidup ini tiada dugaan dan ujian. acapkali mendapat ujian yang sikit dan remeh-temeh kita mengeluh sedangkan Allah datangkan mengikut kemampuan hambaNYA. kenapa Allah uji kita..????
siapa kita..?? seorang guru, doktor, penjual kuih, menteri..????
jawapannya kita adalah hamba kepada Allah..! hamba yang sentiasa menuruti segala perintahNYA ddan melanggar segala laranganNya. kita hendaklah menanamkan rasa hamba pada diri kita. Andai kita tidak merasakan hamba pada diri sendiri, maknanya kita sudah mula sombong dengan diri sendiri, angkuh dan bangga dengan perkara yang kita buat... adakah kita berhak ke atas itu semua.. sebabnya kita hamba dan kita tidak berhak membantah dan menolak segala yang diperintahkan Allah.. InshaAllah ada kebaikkan daripada perintah yang Allah kehendaki kita melaksanakannya..

Bayangkan lah, dunia ini tanpa SOLAT lima waktu pada Allah.....
Apa lah tujuan dan matklamat hidup kita sebenarnya jika solat kita tidak Allah perintahkan untuk hambaNYA.. tidak kah kosong hidup ini, tidakkah sunyi dan kabur matlamat penciptaan manusia itu sendiri..? renungkanlah wahai akhowati/ikhwah.. andai hidup tanpa ujian tidak bermaknalah tahap pencapaian penciptaan manusia terhadap Maha Pencipta..

Keberanian dalam berkata-kata sangat wajib kita ada pada diri sendiri dalam membenarkan dan menjelaskan yang haq dan menidakkan kemungkaran dan kekufuran dalam diri kita. Berani menyuarakan yang haq walaupun pahit yang ditelan akhirnya namun demi Mahabba Allah kita rela dan redha melakukan perubahan diri, masyarakat Islam dan perkembangan Islam.. Allahu akbar..!
Andai kta tahu dan faham akan kebenaran perlu ditegakkan mengapa kita harus malu dan takut menyuarakan kebenaran yang hakiki dan realiti kehidupan sebenarnya,. jika kita tidak menyatakan kebenaran yang sebenar di dunia, kebenaran di akhirat akan terungkap.. Namun, bagaimana dengan tanggungjawab kita di dunia dalam meyuarakan haq Allah di atas muka bumi ini...? malukah kita menengakkan kebenaran yang terang-terang kebenarannya sudah terbukti dan nyata dan jelas.. haram dan halal itu juga jelas dan nyata tapi masih ada yang tidak mengendahkannya itu semua.

Kadang-kadang kita perlu bersikap kasar dan menyuarakan perkataan yang pedas dan tajam kepada segelintir manusia yang hatinya kering dan keras yang tidak pernah basah dengan nasihat dan teguran yang menampar hati sehingga membuatnya terfikir.. sesungguhnya beruntung bagi mereka yang berfikir..!
Mahabbah Allah.. segalanya kita mampu lakukan hanya kerana semata-mata dambahkan Mahabbah Allah, redha Allah dan kasih sayang Allah... Kenapa perlu kita takut pada manusia...? kenapa harus kita takut menengakkan keadilan dan kebenaran..? kenapa hendak ragu-ragu menyatakan haq Allah...?
Sedangkan kebenaran tetap kebenaran yang hakiki, kalau tidak terungkap di dunia kebenarannya akan terungkap di akhirat juga kan..!

Beranilah demi Mahabbah Allah, berani menyuarakan haq Allah, berani berhadapan dengan orang yang hatinya keras dan kering dan degil.. kita yang faham hendaklah mendekati dan menyedarkan orang-orang seperti ini bukan kerana menjatuhkan maruah atau menonjolkan kealiman tapi kerana redha Allah dan Mahabbah Allah kita inginkan di akhirat nanti.. InshaAllah
Niatkan hati kerana Allah bila mana kita nak berhadapan dengan orang seperti ini, siap-siagakan diri menerima tohmahan dan pukulan kata-kata hinaan dan cacian dari mereka dengan hikmah dan berdoa kepada Allah..
Jangan endahkan, jangan kisah apa yang mereka cuba katakan untuk melemahkan dan menindaskan kita dengan perbuatan atau percakapan dan tidak perlu takut pada MANUSIA....Yang penting kita ada Allah yang sentiasa di sisi bagi orang-orang yang beriman. Tidak perlu menjaga hati sahabat kita sehinggakan kita mudah ditindas dan diperlekehkan begitu hina. Tidak kisah apa sahaja pandangan mereka terhadap kita. Yang penting kita mengutamakan pandangan Allah terhadap perbuatan kita dalam meraih mahabbah Allah.. Allah lah segala-galanya dan Allah lah tempat kita meminta pertolongan dan tempat kita bersandarkan harapan..!
Kita hanya melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba dan kahlifah selebihnya kita serahkan pada Allah yang menentukan. kita sebagai penyebab tapi bukan kita yang memberi hidayah pada seseorang untuk berubah mengikut acuan kita atau cita rasa kita dalam membentuk seseorang ke tingkat Individu Muslim..

Mahabbah Allah sungguh indah, manis dan suci bagi mereka yang menyucikan hati-hati mereka dengan haq Allah dan keimanan serta ketaqwaan kepada Allah..
demi mahabbah Allah, aku rela dan redha mengatasi segala kemungkinan ujian yang mendatang kerana aku tahu bagi orang-orang  yang menegakkan kebenaran pasti akan menerima ejekkan dan cacian seperti  yang berlaku dengan Rasulullah SAW dan para sahabat lainya...
Demi Mahabbah Allah.......!

Monday 4 March 2013

Berkongsi kegembiraan






Assalamu'alaikum wbt.

Ana sangat bersyukur atas nikmat Iman dan Islam sehingga kini dan masih berada dalam perjalanan memperjuangkan jalan Allah. Ya, Allah terima kasih atas segalanya... Walaupun badai melanda ana tetap kuat menjalani jalan Allah kerana ana mempunyai bulatan gembira yang sentiasa memberi semangat dan motivasi pada diri ana... Bulatan Ghumaisho' bulatan yang ana sayang kerana Allah.. Sungguh benar..! hehe..

Akhir-akhir ini ana teruja dan terharu dengan Bulatan Ghumaisho' yang sentiasa membuat hati ini sangat gembira sehingga macam nak terbang ke angkasa dan memberitahu semua makluk Allah akan yang ana rasakan ketika itu... betapa hati ana berbunga-bunga. (cuba bayangkan dan rasakan) 
Terus terang ana katakan ana sangat menghargai dan merasa diri ini disayanggggi oleh mereka. Ana jatuh Chenta pada Bulatan Ghumaisho'. Tiada kata lain melainkan ucapan Jazakumallahu khairan kasira pada hadek-hadek yang terchenta. 





Dalam tahun nei sahaja ana mendapat tiga KEK "Brthday". Dua daripadanya daripada anak usrah ana dan satunya dari usrahmate ana.. Wahh..! Osem..! teruja sangat.. Hanya Allah yang tahu bagaimana hati ini menghargainya. sangat bersyukur atas pemberian nikmat Allah. Ana mendapat kejutan dari anak usrah dalam Bulatan Ghumaisho' yang tak disangka-sangka mereka akan meraihkan ulang tahun ana rupanya mereka telah merancang tanpa ana sedari.. hehe.. terima kasih sayanggku.. Ana lagi teruja disebabkan KEK tersebut adalh buatan meraka, hasil tangan hadek Bulatan Ghumaisho'. Satu lagi ana mendapat kejutan dari usrahmate juga merupakan classmate yang ana sayanggi telah meraihkan ulang tahun ana di sebuah kedai makan yang ana tak jangkakan..Ya, Allah terharunya sehingga menitiskan air mata (nak nangis huhuhu). terima kasih mah..!!! (nama timang-timangan).


Alhamdulillah,
dengan umur yang panjang dan nikmat dari Allah mudahan ana tsabat dalam DnT ini.



Bulatan Ghumaisho' Ku


Assalamualaikum wbt,

hadek-hadekku sayang, dalam Usrah perlukan ketabahan dan kekuatan hati dalam diri.. Usrah bukan semberangan usrah, kita berUsrah atas dasar membina semula batas Islam dalam diri kita dan dalam jiwa umat Islam. Bukan semua yang berkeinginan masuk dan join usrah kerana usrah nei hanya mereka yang tabah dan kuat sahaja yang rela dan redha mengharungi jalan Allah.. Alhamdulillah kita adalah manusia terpilih. terpilihnya kita ketika berada dalam Jahiliyah dan terpilih juga kita ketika kita faham dalam Islam. (Hadis Logam).

Bulatan Ghumaisho' tetap lah teguh dan kukuh bila mana tiupan angin mengoncangkan badanmu sehingga engkau hampir tersungkur. Jangan merasa sedih bila mana orang lain mengejek dirimu yang ingin berubah teruskan..! berubah dan mengubah dunia.. Jangan kecil hati dan putus asa bila mana ada orang yang tidak mengikuti ajakkanmu. Tahukah wahai hadek-hadek Bulatan Ghumaisho' dirimu sangat diperlukan oleh umat Islam masa kini.. mengantikan pejuang-pejuang yang telah syahid dalam perjuangan dahulu kala... dirimu sebagai pewaris pejuang Islam.! Allahu akhbar..!

Wahai hadek-hadekku sayang,
masyarakat sekarang menghadapi sakit tenat... kebanyakkan mereka TAHU dan mengamalkan (I) besar.. dan cuma sedikit yang FAHAM dan mengamalkan (i) kecil. Adakah kita dalam kalangan yang sedikit itu...? atau adakah kita salah seorang yang dalam kalangan yang seperti buih-buih dilautan habis ditiup angin habis hilang begitu saja tanpa menyumbangkan harta dan nyawa untuk Islam.. 

Usrah tanpa dugaan, ujian dan halangan bukan Usrah namanya..
Usrah membentuk Individu Muslim yang kental dan cekal dalam melalui jalan yang sungguh cukup panjang ini...! Mind Setkan matlamat kita.. Kita milik Allah, Hambah Allah maka wajib beribadah menyembah Allah dan mengajak orang yang disekiling kita memahami Islam sebenarnya.. 


Jalan yang menyeru kepada amal ma'ruf nahi mungkar bukan mudah tapi percaya dan yakinlah Allah sentiasa ada dekat bagi mereka yang mengharapkan pertolongan Allah... Dugaan dan ujian dari keluarga, sahabat dan saudara-mara yang lain itu hanya sementara cuma.. ujian yang mentarbiyyahkan hati dan mematangkan diri dalam berhadapan dengan masalah dalam DnT.. Ana teringat naqibah ana perna mentadabur ayat berkenaan ujian. Allah berfirman:

"Dan sesunggunya, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu". (QS Muhammad: 31)


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami beriman," dan mereka tidak diuji". ? (QS Al-Ankabut: 2) 

Allah menguji tanda sayang pada hambaNya. Allah ingin melihat kesanggupan hambaNya yang mengaku sudah beriman padaNya adan chenta padaNya.. sesungguhnya mereka yang diuji mengikut kemampuan seorang hamba mengatasi masalahnya dengan meminta bantuan dari Allah diiringi usaha penyelesaian kepada masalah tersebut. 

Wahai Bulatan Ghumaisho',
Jangan merasa sedih lagi, nanti akak turut bersedih,
Kuatkan hatimu menerima tarbiyyah dari Allah, 
Jangan mengalah bagi meneruskan perjuangan di Jalan Allah
Sesungguhnya Allah sangat dekat di sisi kalian jika kamu mengetahui..
Uhibbuki Fillah abada abadan hadek-hadek.....................................................




Wednesday 27 February 2013

Ukhuwah Fillah Abada Abadan



Kita sering mengatakan Uhibbuki Fillah kepada ukhti-ukhti yang kita kenal tanda kita sayang mereka kerana Allah. Kita sudah lafazkan dan sudah ijab dan kabulkan pengakuan kita bhawa kita sayangggggg mereka kalau boleh tak nak berpisah dengan mereka walau sehari pun.. sudah memadaikah maksud yang menjurus "ukhuwah Fillah abada abadan"..?

Ana malu dan malu, kerana kita nei kadang-kadang bila senang sikit lupa sahabat, bila dapat sabahat baru lupakan sahabat lama, dulunya sering bermesej kini tidak sudah, yang dulunya bermesra menjadi bermurung dan bermasam atau keakraban semakin kurang. Tidak dinafikan ada perna bersikap bergitu dan kadang-kadang berprasangka kurang baik pada teman-teman. Allahu maafkan hamba... huhu

Tapi bila ana kenangkan jasa seorang sahabat ana jadi malu kerana ana dapat point di situ yang ana nei "selfish", ana nei seperti "kacang lupakan kulit", banyak lagi perumpaan yang seanggatannya... Ukhuwah fillah abada abadan bagi ana adalh sangat besar maksudnya bila kaitkan dngan tarbiyyah an dakwah yang sebenar. kita lihat hadis sahih yang diriwayatkan oleh (Bukhari, Muslim dan Ahmad):

"Tidak sempurna iman seseorang kamu sebelum kamu mencintai saudaramu seperti kamu mencintai dirimu sendiri"

Ana menganggapnya sebagai satu pencetus kearah kesempurnaan iman kerana tidak dinafikan dalam persahabatan terdapat banyak dugaan, kesabaran dan pengorbanan diperuntukkan untuk mereka yang bergelar kawan yang kita chentai. seperti yang kita maklum "sabar itu seperuh daripada Iman". kesabaran berhadapan dengan sahabat nei sangat mencabar dan menduga serta menguji keimanan kita sampai suatu ketika iman goyah ditiup angin yang membawa perbagai masalah antara YOU dan ME.....? Ermmmm, mula lah konflik hati yang bersangka buruk dengan sahabat Fillah.. Na'uzubillah..

So apa yang kita perlu buat untuk menghilangkan prangsangka, gemar mengumpat dan sikap-sikap lain yang dilarang Allah. Jommm..! kita renung nasihat yang Allah berikan pada kita agar kita cepat-cepat menghindarkan penyakit hati nei dan membungnya jauh-jauh dari diri kita... Bukankah kita nak jadi akhowat fillah, kita kan nak jadi anak yang solehah dan sahabat till jannah... hehe.. so nei jawapannya...

"Wahai orang yang beriman.! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati..? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah penerima Taubat, lagi Maha Penyayang." (QS Al-Hujurat:12)

" Sesungghnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (QS Al-Hujurat:10)

Satu lagi ana nak tekankan bahawa kita unggkap "Ukhwah Fillah Abada Abadan". ana nak tanya apa bukti kita sayanggggg dengan sahabat kita..? Berdasarkan kefahaman yang ana cuma rungkaikan di sini adalah peranan ana sabagai ibadah dan khilafah kepada Allah. Ibadah kepada Allah yaa semua orang tahu kan.. ermmm tahu tapi tak faham...? pernahkah mendoakan sahabat fillah kita...? pernahkah kita memberi sesuatu kepada mereka... huhuh... terasa betul nei.,.. :(
Nei kan saudara yang dekat dilupakan untuk berdoa apatah lagi dengan saudara yang jauh... saudara kita di Palestine Gaza, Syria dan banyka lagi..huhuh.. Ya, Allah.. maluuuuuunya...
so teman-teman lepas nei kita banyakkan berdoa yaa, bila kita mendoakan kebaikan sahabat fillah inshaAllah para Malaikat juga mengAamiinkan untuk kita seperti manakita mendoakan sahabat kita sekali gus kita juga didoakan oleh Malaikat. seronokkan mendoakan orang lain..

Bukti kita sayangggg pada sahabat fillah kita dengan kita berlaku selaku peranan khilafah kerana tugas nei sangat penting sebabnya kita melaksanakan dan meneruskan Sunnah Rasulullah SAW. kita ajak teman-teman pe usrah, ajak buat baik, dan segalanya yang baik menuju jalan Allah. sekiranya kita sayang dan chenta sabahat fillah kita hendaklah memimpin sama tangan-tangan mereka agar tetap teguh dan kuat berpegang pada jalan Allah menuju jalan Allah... jangan biarkan sahabat fillah kita jauh dari rumah Syurga.. jika mereka hampir di jurang neraka kita tarik masuk syurga... haha.. Osem kan Uhuwah fillah tuuu hehe... amal ma'ruf nahi mungkar osemmmm... !!!



Friday 18 January 2013

Usrah Hati ke Hati 2



nurtarbiyyahstory.com

17/07/2012
Hari ini, saya sangat terkilan dan berbaur sedih dan rasa diri disayangi dan ada juga rupanya kawan-kawan yang mengambil berat akan diri ini yang banyak kekurangan .... sebab kawan-kawan saya menasihati saya tentang apa yang kurang dan silapnya diri ini di pandangan mata mereka... yang terhantuk lagi kaum lelaki yang menasihati saya... huhuhu..Ya Allah, adakah saya hina dan bodoh dipandangan mereka..  tak sangka mereka terlalu mengambil berat akan diri hambaMU ini... mereka menerangkan satu persatu akan yang perlu saya ubah dan terasa saya telah mencemarkan maruah perkataan “DAKWAH” di kalangan mereka... tak sangka mereka meyayangi diri ini walaupun saya seringkali menyangka buruk terhadap mereka huhuhu... Ya Allah ampunkan doa saya.. betul ya Allah.. kita jangan bersangka buruk, jangan mengecilkan dan merendahkan orang lain, jangan menghinakan sesuatu kaum.. kerana boleh saja dan tak mustahil mereka lebih baik dari kita.. huhuhu...

Sangat bersyukur hari ini kerana dapat satu motivate dan dorongan serta semangat dari kawan-kawan untuk saya bangkit berjuang...  benar kata mereka dan saya perlu ada jadual harian saya untuk belajar... ! saya tak nak mereka lihat seorang da’ei sebegini rupanya... InsayaAllah dengan panduan dan kerjasama dari teman-teman saya akan maju jaya kehadapan dan terus menonjolkan ciri dan kekuatan “DAKWAH” itu di pandangan mata mereka... agar mereka pun yakin akan JALAN ini dan Qudhuha Hasanah pun berlaku dengan sendirinya kerana mereka lebih tahu dari saya...

Memang ia tamparan HEBAT lagi MENUSUK ke hati dan perasaan saya atas apa yang mereka perkatakan.. huhuh... Ia satu NIKMAT di hari ini... cukup membuka mata, menyedarkan, dan dorongan yang ditunggu  oleh penmgetahuan secara umum walaupun nampak “Remeh” namun ia sangat menusuk ke hati dan pemikiran agar sentiasa bersedia ditegur oleh manusia kerana ianya datang dari ALLAH SWT... Allahuakbar..!!!
Kesimpulannya, terima kasih kepada kawan-kawan saya... saya SAYANG antum.. Barakallahu feekum.. respondingnya adalah terserah kepada diri ini untuk menerima dan mempraktikskan agar membuahkan hasil daripada perubahan... Allahukbar, Subahanallah, Astagfirullah... Alhamdulillah..

Akan saya ingat sampai bila-bila nasihat yang mereka berikan... ia sungguh menyentuh hati pemikiran ini... mudahan dengan ini saya akan cekal dan teguh dalam membentuk perubahan dalam diri.. dan saya harus buang sikap malas, lemah longlai, sombong dan harus berubah sikap ke arah riang gembira, bergaul dengan sesiapa sahaja, dan rujuk dengan kawan tanpa ada rasa sengan dan malu kerana kita sama-sama BELAJAR...... huhhuhuhuh...... ?



27/07/12
Ya, Allah benarkah pengaruh kawan itu kuat...?
Ya, Allah kadang2 aku rasa keliru, mungkin sebab aku kurang faham..? kenapa ya, Allah aku tak serik-serik akan yg berlaku di sekitarku...? kenpa ya,Allah aku tak makan saman dosa huhuhu...

Aku ingin kan penjelasan dalam persoalan di benak fikiranku sejak akhir2 ini.. hhuhu.. ya, Allah bukan hamba menyesal dan mengeluh TAPI hamba merasakan ada perkara yg belum jelas lagi yg hamba teringin nak tahu apa penyelesaiannya.. ya Allah berilah hambamu ini pengetahuan dalam perkara ini...
Apakah hamba ini jumut sangat sehingga perkara seperti ini menjadi masalah yg menghantui emosi dan perasaan ini....?

Ya Allah hamba silap sebab masih lagi belum consisten dan comittet dalam melawan nafsu sendiri.... tolong hamba ya Allah huhu ;’(
Jangan biarkan hamba dalam kesesatan yg nyata dan perpanjangan...
Ya Allah hamba perlukan bantuan mu Ya Allah....
Tolong hamba ya Allah... hamba mohon... =( huhuhuhuh

Sungguh ya Allah semakin hamba mengorak langkah menuju mu
Semakin hamba rasa tersabar dan semakin banyak hamba tak tahu... Allahhuakbar..!
Ya Allah sungguh dunia ini hanyalah sementara penih dengan tipu muslihat, dosa yg nyata, memenatkan, melalaikan, mengalpakan, merumitkan dan menghiburkan dengan seksual antara lelaki dan perempuan...
Tapi Mengapa juga hamba sering terbuat dengan sengaja....
Hamba membiarkan diri ini terpesona dengan perhiasan dunia yg sementara


21/08/12
Dalam beberapa hari di rumah kak. Yat dan keluarganya banyak yang saya dapat ibrah. Baru sya tahu lain orang lain ragam, lain bangsa lain kepercayaan dan lain bahasa lain kefahaman...huhuhuhuh...
Bukan apa sar rasa ada pengikat antara bangsa nei dgn bgsa tu..negeri tu dgn ngeri ini.. macam-macam lah... sya pun tak tahu bagaimana nak cakap lagi yaa...

Tapi ia kadang-kadang sngt mencabar kesabaran sya.... rasakan macam nak pecah kesabaran diri namun Maha Tinggi Kuasa Allah..ALLAHU AKBAR..! sesungguhnya menguji hamba ini bukan sahaja menguji tapi meningkatkan pengalaman akan lumrah kehidupan dunia yang sementara.. dan Allah juga melatih diri ini ke arah kesabaran yg tinggi..Subanallah..

Saya bersyukur sangat dapat merasakan nikmt seperti ini... bukan smua org dpt rasakan sebegini rupa. 
Memang lah tak dinafikan agak sedih tak balik kmpg..rasa bersalah pun ada rasa..apa lagi rasa sedih..pertama kali raya perantauan. Tapi sya anggap nei sebagai latihan, traning untuk persiapan diri tuk masa hadapan... dan yg paling penting sya tak nak manjakan diri ini agar sentiada berdikari... kerana sya nei belum lg ke arah berdikari sendiri rasa blum cukup lg pgalaman di sarawak nei...  sya nak rasakan byk pengalaman dan latihan agar bila dah keja nnti saya bole konsisten dgn apa2 bentuk dugaan dan cabaran... Aamiin...


10/09/12
Rupanya hari ini adalah hari perpisahan kami sekelas dengan Miss Roziah... hampir aku tak sempat mengucapkan tahniah, terima kasih dan mohon maaf dengan miss.. huhuhu.... Biiznillah aku diberi kesempatan Allah untuk mengagahkan diri turun ke Jabatan Pengajian Sosial... hehehe... Alhamdulillah...
Terasa sebak dan sedih amat bila kali terakhir mendengar taklimat, nasihat dan galakan dari pensyarah yang kami kagumi dan hormat [Pengritik hebat]. Bukan kerana hanya dia seorang yang tegas dan ganas dengan sifatnya membuat kami takut tapi kerana ilmunya yang cukup kami banggakan yang berbeza dengan pensyarah yang lain. Ya Allah pengajaran Miss cukup terkesan dan terkena di hati kami adakah dia seorang yang taat kpd perintahMu.... Wallahualam.. mudahan begitu. Ya Allah aku teringin nak buktikan yg diri ini akan menjadi seperti dia yang hebat dari ilmunya...

Ya Allah aku bayangankan kalau miss menjadi salah satu orang yang memperjuangkan agama Islam dalam kehiudpannya ditambah dengan kebolehan dan kepintarannya yang Engkau kurniannya kepadanya... eloklah kiranya digunakan sebaik-baiknya untuk melakar dan membina tamadun Islam semula.
Allah sesungguhnya hidayah milikMu... aku tak berkuasa menentukan sesuatu mengikut kemahuanku.. aku hamba yang merancang dan berusaha.... Allahuakbar..! Engkau berikanlah  miss hidayah yang tak disangka-sangka datangnya.. aku mohon ya Allah... berkatilah dia, lindungilah dia dan berilah dia fikrah yang sebenarnya untuk dia jadikan sasaran matlamat untuk hidup.

Allah bolehkah aku menjadi seperti miss sedangkan aku sangat lemah dalam berbahasa Inggeris hatta bahasa yang lain... Teringin dan berazam InsyaAllah aku terus kuatkan hati... tergiang kata-kata nasihat miss kepada kami skelas “ jika ingan berjaya harus ada tabah.. displin.. dan sabar... yaa betul tuu... tabah, disiplin, dan sabar tuu sukar dilakukan selalunya manusia hanya hinggap di tengah jalan sahaja kerana tak sanggup menghadapi kesukaran menjalani ujian kehidupan... Allahuakbar..! kautkan sar Ya Allah agar ada keberanian mengajak miss kepada perjuangan suci lagi murni nei.. Aaamiiiiin.... Allahumma Aamiin...

23/09/12
Huhuhu, pagi yg mengeramkan... bukan apa, buka FB nampak kwn buka aurat, huhu.. Allah..! sedih berbaur geram aku dibuatnya... Ya, Allah inikah umat Muhammad yg Engkau pernah nyatakan dahulu.. kesudahan yg hina lg jijik.. bukan jijik pada di awal proses pensenyawaannya malah, kejijikan dan kehinaannya terserah pada sikap dan sifat yang melampau batas... YA ALLAH.. bagaimana aku mengubah mereka ini... huhuhu.... gerammmm!!!!!

Seolah-olah aku tak dapat menerima ini semua berlaku.... alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam Engkau memberiku HidayahMU, menjadikan hati dan naluriku membenci dunia.... huhuhhuhuhuhuhuhuhuhuuhu...
Ya Allah, kini aku sudah bebas dri segala perbuatan yg Engkau hinakan... mudahan hati hambaMU ini akan istiqamah dlm perjuangan Islam,, hamba serahkan urusan jodoh, rezeki dan semuanya kpd Mu Ya Allah.... hamba ingin fokus dn serius dlm DnT ini... tolong dan bantu hamba Yaa Allah.... :D

‎" Kerana hati sentiasa berbolak-bali..Kerana iman yang sentiasa ada turun dan naiknya..Atas sebab itu, diri sentiasa perlu ditarbiyah!..Dibasahi dengan ruh2 iman dan Islam..Supaya terbit rasa 'izzah di dalam jiwa setiap hamba Allah!.......
Pengalaman mematangkan kita, kesalahan juga mematangkan diri untuk membetulkan diri agar lebih berwapada lebih-lebih lagi soal kehidupan yang belum menjanjikan kebahagian namun janji Allah itu pasti...! Aku yakin..Allahuakbar..! :D

Thursday 17 January 2013

Usrah Hati ke Hati

nurtarbiyyahstory.com



12/07/2012

Hari ini banyak ibrah yang saya dapat antaranya dari perbentangan pagi tadi. Saya membentangkan kertas lecture erm, miss Roziah nama timang-timangnya. Perbentangan saya tidak seperti yg diharapkan atau yang dirancangkan.. huhuh...

“take note” di sini, saya masih dalam posisi kedengkalan ilmu, betul apa yang sahabat fillah saya kata “Kita apa yang kita baca”. Dia mengambil kata-kata daripada Wahidah.  Sungguh memang benar apa yang diperkatakanya. Saya mengakui dan beriman dgn al-Quran dgn seisi kandungan.. Maha Suci Allah yang sama sekali tidak menzalimi hambaNya, melainkan hambaNya yang berbuat zalim terhadap diri mereka sendiri. Turunya firman Allah yang pertama yang diserukan kepada Rasulullah solallahu alahi wasalam “Iqra..” Bacalah...
Menunujukan disini bukan sahaja Allah menurunkan firmannya tanpa ada kebaikan dan hikmah di situ. Benarlah kata pujangga “ilmu menentukan kehidupan seseorang, menjadikan yang miskin kepada yang kaya, yang bodoh kepada pandai, jahil kepada faqihi dan faquhu...
Adakah sahabat yang malu bertemankan dgn kita kerana kita “bodoh”? adakah sahabat yang memberi semangat dan pembetulan si atas kesalahan dan ketidaktahuan kita?..

Memang ia sangat mencabar iman dan hati... Yaa, lah kan selama ini kawan bukan main rapat tapi bila kita salah sikit, bodoh sikit dah berubah kepercayaan dan keinginan untuk berteman.. huhuh.. Alhamdulillah ada juga yang still mengajak, membetulkan kesilapan, sayang dan take care tentangg kita... hehehe.. Subahanallah indahnya ukhwah fillah kerana Allah...

Hati memang sentiasa tak menentu, kejap semangat, kejap murung dan sentiasa berfikiran negatif. Itulah adanya sahabat yang perlu kita dampingi untuk menghilangkan sifat-sifat mazmumah...
Hati dan akal memang istemewa kerana saling berkait. Kalau hati mendambakan kerinduan dan redha Yang Maha Esa seiring dengan akal yang sentiasa berfikir akan ciptaanNya yang indah lagi ajaib... Allahuakbar..! indahnya cerminan akhlak dan pertuturan yang keluar dari mulut kita... kan tulah lebih baik daripada kita sentiasa mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.. teringat plak katakata indah “daripada berkata-kata kosong lebih baik diam.. dan diam tidak bererti kalah dan “bodoh”’...

Sekiranya kita banyak membaca, hati dan akal pun diam dan menerima ilmu dgn sucinya. Hati terjaga hatta akal pun berfungsi dgn baik dan sel-sel saraf pun sentiasa memproses data ilmu yang dibaca.. hati pulak sama ada teruja, terharu, gembira, sedih dan tersentuhlah hasil pembacaan kita... dan seterusnya berzikirullah..  tidak dilupa “keyword” nei daripada Pahrol Mohd. Juoi “Nota Fikir untuk Zikir”. Kita fikir dengan membaca, kita ambil pengajaran dan terus berzikir dgn al-Asmaul Husna.. heheheh


14/07/2012

Aku harus teguh terhadap dir dan tetap dengan hati dan iltizam yang ingikan berubah dan sungguh kerana Allah. Kurang aktif dalam FB tambahkan ibadah semata-mata kerana Allah kan itu lebih baik. Biarlah apa orang nak kata yg penting aku ada Allah dan hanya Allah yang aku inginkan dan aku harapkan. Berlaku ihsan seolah-olah Allah melihat kita..Memang pun Allah Maha Melihat kan... 

justeru itu, kita kan manusia sifatnya kalau tidak nampak, tidak tahulah.. hehhe TAPI sungguh Allah melihat perbuatan kita hatta dalam solat selalu beringatlah yang Allah melihat kita.. jaga hati susah  namun bila dah dapat kawal hati dgn iman dan ihsan InsyaAllah semua berada dalam ketaqwaan Illahi Ta’ala.. sumpah perjalan jihad sungguh PANJANG...! habuan yang kita dapat hanyalah KEPENATAN, KESAKITAN DAN DISAKITI  serta PENGORBANAN yang banyak deangan WANG dan TENAGA MASA...TAPI ia OSEM...!!! kerana di situ ada kemanisan iman yang jarang sekali orang dapat...! adapun hanya sementara tidak berterusan..InsyaAllah selagi kita berdoa supaya Allah mentarbiyyah kita ditambah keinginan dan kerelaan hati menerima dugaan dan tarbiyyah dr Allah maka kita bersiap sedia kannn.... yeah... Alhamdulillah...

Moga aktiviti pertama anjuran kami Gadis Osem berjalan dengan baik... REHLAH... seronok mengendalikan program dapat ilmu dan pengalaman agar suatu hari kelak kita bole menguruskan program yg lagi besar punyah.... hehheeh
Moga Institut, ada pelapis dan pewaris para DA’EI.. tuk meneruskan kerja DAKWAH yang mulia lagi Osem..!!!!

MALAM,
Program Rehlah akan berlagsung esok, Sedih..! semakin banyak yang undur diri dari mengikuti program nei.. huhuhu.. Ya, Allah.. kuatkan hati kami menghadapi ujian ini, sungguh incident ini tidak bole disalahkan siapa-siapa kerana ia berkait dgn ahli Usrah.. ahli Usrah masih blum serius dan tarbiyyah.. dan masih mengamalkan perbuatan JAHILIYAH dalam diri masing2.. huhuhu.. terasa..! kami mungkin blum matang dan belum bersungguh2 dlm soal DnT.. HUHUHU..Yaa, Allah Maafkan kami Ya Rabb.. tunjukkan lah kami jalan yg benar dan lembutkan hati mereka yang berada dalam mengikuti Taujihat kami...

Semua dah kami sediakan.. kalau tak ramai pergi .. sedih tengok ahli Usrah yang lain.. huhuhu.. Inilah ujian yg baru bermula dan ia akan bertambah selaras dengan pengalaman dan kefahaman Da’ei... kami ahli Usrah WAJIB tinggalkan segala perbuatan JAHILIYAH yang sudah menjadi adat resam individu... kami yang SALAH ya Allah.. Maafkan kami..! berikan kami petunujuk dan kesedaran yg  perlu kami sedari agar kepentingan dalam DnT.. dapat hadapinya dengan Redha Mu dan berjalan dengan lancarnya..Aamiiin....

Hanya doa dan perubahan diri mampu mengubah ORANG lain untuk berubah.. Ya, Allah bantulah kami dan teguhkan hati kami agar sentiasa dalam DnT.. InsyaAllah, dengan hati yg suci dan betul2 mengabdikan diri kepada Allah mampu menguatkan rohani dan jasmani. Hamba tidak dapat HIDUP tanpa Allah.... 

bersambung....
hehehe, nei adalah coretan tahun 2012..
ia sebagai khazanah yang bernilai..
ia sebagai sejarah bagi diri ini kerana ia adalah yang benar dan apa yang berlaku...

Tuesday 8 January 2013

Cuti Iman, Hati & Dakwah


Sebelum pembaca mengaruk kepala kebigungan moleklah rasanya ana menjelaskan apa sebenarnya yang ana ingin sampaikan. Ana seorang pelajar yang berlajar jauh dari negeri asal ana. Alhamdulillah, ana berjaya dengan bangganya (dengan wajah perasan hehehe) dapat meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda setelah keputusan dikeluarkan oleh pihak institut ana. 

Al-kisahnya semasa ana berada dalam peringkat pengajian diploma ana sudah didedahkan usrah (dakwah & tarbiyah) oleh segolongan hamba Allah yang berhati mulia dan sentiasa mendambahkan redha dan chenta Ilahi. Alhamdulillah kiranya ana dapat mengetahui sesuatu yang bukan semua orang mendapatkannya. Ana membuat keputusan untuk tidak balik bercuti walaupun ianya waktu cuti bagi ana berpeluang untuk berjumpa keluarga yang tersayang. Namun itulah keputusan ana disebabkan alasan yang tak tahu bagi pembaca ianya wajar atau sebaliknya. Sebabnya, dalam tempoh itu ana dapat menjaga hati, melatih mentarbiyah diri agar bila cuti nanti tak lah berlaku "Cuti Iman, Hati & Dakwah

Rupa-rupanya ia tersasar dari jangkaan ana, huhuhu... Bila mana ana balik bercuti, ana mendapati ana semakin lemah, longlai dan lupa pada matlamat ana sebelum ini. 2 minggu awal bercuti, ana semangat sehinggakan satu kampung ana ajak kanak2 mengaji dan solat berjemaah.... selepas itu, ana give up huhuhu... Hanya Allah yang tahu, Malunya hamba ya Allah.... huhuhu.... Sisa2 waktu cuti yang lain ana seperti mayat yang hanya masih punya roh dan jasad... sangat lemahnya iman ana ketika itu. Ana teringat kata2 para sahabat yang berbunyi begini " Jika kita merasakan iman kita menurun maka lakukan ibadah yang wajib di awal waktu, manakala jika iman kita merasakan iman menaik maka lakukan amal ibadah sehabis yang mungkin dan sebanyak yang boleh dan termampu". 

Bila ana merenung dan membuat koreksi pada diri ana semasa cuti hari itu, ana tahu kenapa ana berkeadaan begitu. Yang pertama, ana berada dalam bi'ah yang kurang kepada deen Allah. Ana akui, sebelum ana balik bercuti ana selalu mendambahkan bi'ah (persekitaran yang soleh dan soleha) dengan menziarahi rumah murabbi... Allah, indahnya bi'ah kepada deen Allah. Yang kedua, ana tiada akhowat di sisi ana. Ana seorang2 dalam berdakwah. Ana tak kuat, ana perlukan sokongan akhowat.. Ana sayang akhowat fillah... huhuhu. 

Itulah cuti iman, hati dan dakwah....
cuti iman, ana maksudkan ia sebagai ana merasakan iman ana waktu itu sangat lemah, ketauhidan pada Allah sangat lemah seperti akal tak berfungsi dengan baiknya... Allah..!
Ana tak solat dhuha, tak solat rawatib dan solat malam seperti yang ana buat masa kat kampus... huhuhu
Ana berusaha mengkhusyukkan diri dengan solat wajib dengan diri dalam keadaan yang lemah.. Ana mengagahkan diri untuk solat taubat selepas solat isyak kerana takut bila Allah menjemput dalam keadaan yang tidak bertaubat dengan keadaan yang alpa, lalai dan cuai... Allah ampuni hamba...!
 
Cuti hati, ana menganggapnya sebagai "hati yang sakit". Ana sudah mula suka menonton tv sehingga jauh malam, cepat terpengaruh dengan wayang2 yang membawa kepada kelekaan... 

Cuti dakwah, ana menyifatkannya sebagai cuti daripada melakukan dakwah dan tarbiyah..
Ana mula malas menghantar mesej kepada adik2 madu'u... malas sangat dan ditambah dengan masalah yang melibatkan kewangan. Ana rindukan mereka, ingin menyantuni mereka dengan kasih sayang dan kerinduan kerana Allah SWT...

Persoalan yang bermain di minda ana, adalah tempoh dakwah dan tarbiyah itu bukanlah  asas kepada keteguhan keimanan. Mari kita lihat cara Nabi kesayangan kita Rasulullah SAW mentarbiyah para sahabat seperti Abu Bakar, Umar al-Khatab, Utman dan Ali ra menjadi pewaris syiar dan kader kepada ajaran yang dibawa oleh baginda. sehinggakan dapat menjadi khalifah yang disegani rakyatnya.
Kita hendaklah membentuk sebetul-betul dan sebaik-baik IM (individu Muslim) dalam diri... pembentukan IM bukannya mudah ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.. 


Ana kongsikan pengalaman ini agar sekalian pembaca (antum & antuna) dapat mengambil ikhtibar dan ibrah agar dapat membantu pembaca mengatasinya lebih awal sebelum ia berlaku lagi... Ana nak kongsikan kalam Allah yang ana rasa ia sangat terkesan dan terkena pada diri ana dan pada kader-kader yang ada berada di jalan Allah...

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpahmu sesudah diikrarkan, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu terhadap sumpah-sumpah itu.Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." [QS Al-Nahl:90-91]

Moga kita sama-sama renungkan diri dan koreksi diri setiap hari adakah kita ingin membatalkan ikrar kita yang berlaku sejak di alam roh lagi... Wallahualam. mudahn tidak sama sekali... Kita sayang Allah dan RasulNYA... 
Jangan merugikan diri anda... 
Jom berjihad semula, tanamkan cita2 hanya untuk SYAHID... 
InsyaAllah.... Allahuakhbar..! 
Assalammualaikum

Up