Thursday 1 November 2012

~Need Taujihat ~


Assalammualaikum,
lama rasanya diri ana tidak mencoretkan apa taujihat ilmu di halaman ini...
Hati memainkan peranan yang cukup berpengaruh dalam diri manusia.. Kadang-kadang bila Hati tak ada mood.. mulalah hati kosong, sunyi dan ingin Taujihat (pengisian) yang akan memberikan kepuasan pada diri...
Bila kepuasan sudah dipenuhi dengan bermain games, meonoton filem "Korea",dan lepak dengan kawan... Malangnya masih belum cukup memuaskan.. yang dicari-cari jauh sekali yang dekat tidak dihirau dan diambil sebagai mengtaujihatkan hati iaitu dengan membaca al-Quran, berzikir dan berkumpul dengan sahabat soleha...
setidak-tidaknya kita berusaha menghidupkan cara Islam dalam kehidupan seharian kita...
siapa lagi nak hidupkan syiar Islam kiranya bukan orang Islam...

Pengalaman ana semasa proses dalam tarbiyah KITA. Banyak yang ana faham pada pendangan sisi ana.. mungkin lain di sisi sahabat fillah... ermm.. cumanya fikrah yang sama...
Pengalaman ana dalam DnT KITA cukup mematangkan ana, bagi ana selain "Usrah"...taujihat sampingan sangat ana perlukan dalam proses DnT... 
Perjalanan hendak ke tempat Usrah adalah tarbiyah dari Allah.. banyak cabaran, dengan cabaran hatinya, classmatenya, kareermatenya dan banyaklah mate... Ia nampak mudah namun agak payah dan sukar menghadapi situasi dan melalui liku-liku untuk mentaujihatkan diri khasnya hati...
Bila ana sedar, ana rasa ana kerdil berhadapan dengan masalah nei.. Namun ana memujuk hati untuk tsabat dan kuat melangkah atas dorongan akhowat fillah... Allah kecilnya masalah hamba berbanding dengan masalah rakyat Palestine, Syiria dan Roginya Burma...huhuhu! Malunya..!

Di sini memperlihatkan usaha kita mendekatkan diri pada Allah hanya semata-mata menginginkan redhaNYA dan cintaNYA.. 
Mari kita renung Firman Allah yang berbunyi begini..
"Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNYA dan berjihadlah pada jalanNYA supaya kamu peroleh kejayaan." [QS al-Ma'idah: 35]

Usaha Tangga Kejayaan.. Buatlah kerja dakwah tanpa melihat hasilnya dikemudiankan tapi lihatlah usaha kita dalam menempuh liku-liku DnT. Allah tidak akan melihat pada hasilnya dakwah kita tapi Allah akan lihat sejauh mana kita ikhlas dan usaha kita kearah mentauhidkan dan mengimani Allah SWT.. 
Jadi benarlah Taujihat itu perlu di cari..! Jangan mengharapkan Murabbi membawa sesuatu yang luar biasa taujihat dalam usrah... kalau kiranya kita juga tidak seriyes dalam DnT... KITA juga memainkan peranan untuk menjadi akhowat yang luar biasa dari yang biasa..

Jangan merasakan kita yang ikut program sana-sini sudah qowy dalam DnT.. 
Jangan bilang kita sudah menjadi medoretor dalam program KBM, 3R dan sebagainya... owh..! kita sudah qowy.. Tidak mustahil dulu kita qowy tapi bila satu tahap kita diuji atas apa yang diperkatakan.. Kita lemah, kerana APA???
Kerana kita sendiri tidak ada usaha mencari redha dan usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah... kita tidak ada usaha mencari TAUJIHAT untuk santapan rohani lahiriah...
Logikkah?? Kita mengajak kepada amal maaruf nahi mungkar... kita berdakwah sana-sini... TAPI kita tiada tarbiyah dalaman dan luaran.... mampukah kita berTAHAN?? mestilah kita lemah... 
KITA perlukan taujihat untuk diri sendiri disamping memberikan taujihat dengan mutarabbi..

Nauzibillah.. Mudahan KITA tidak tersingkir dalam jalan DAKWAH dan TARBIYAH yang sumpah jalannya Sungguh OSEM..!!!
Allahuakbar..! 
Marilah membentuk jiwa-jiwa rijal yang MANTOP..! 
InsyaAllah, Jalan hampir ke penghujungnya... Janji Allah kian terbukti.. 
kerna semua JANJI Allah itu Pasti...

Wassalamualaikum wbt.... :) Salam Palestine, Salam Jihad & Salam Syahid >_<


Up