Thursday 17 January 2013

Usrah Hati ke Hati

nurtarbiyyahstory.com



12/07/2012

Hari ini banyak ibrah yang saya dapat antaranya dari perbentangan pagi tadi. Saya membentangkan kertas lecture erm, miss Roziah nama timang-timangnya. Perbentangan saya tidak seperti yg diharapkan atau yang dirancangkan.. huhuh...

“take note” di sini, saya masih dalam posisi kedengkalan ilmu, betul apa yang sahabat fillah saya kata “Kita apa yang kita baca”. Dia mengambil kata-kata daripada Wahidah.  Sungguh memang benar apa yang diperkatakanya. Saya mengakui dan beriman dgn al-Quran dgn seisi kandungan.. Maha Suci Allah yang sama sekali tidak menzalimi hambaNya, melainkan hambaNya yang berbuat zalim terhadap diri mereka sendiri. Turunya firman Allah yang pertama yang diserukan kepada Rasulullah solallahu alahi wasalam “Iqra..” Bacalah...
Menunujukan disini bukan sahaja Allah menurunkan firmannya tanpa ada kebaikan dan hikmah di situ. Benarlah kata pujangga “ilmu menentukan kehidupan seseorang, menjadikan yang miskin kepada yang kaya, yang bodoh kepada pandai, jahil kepada faqihi dan faquhu...
Adakah sahabat yang malu bertemankan dgn kita kerana kita “bodoh”? adakah sahabat yang memberi semangat dan pembetulan si atas kesalahan dan ketidaktahuan kita?..

Memang ia sangat mencabar iman dan hati... Yaa, lah kan selama ini kawan bukan main rapat tapi bila kita salah sikit, bodoh sikit dah berubah kepercayaan dan keinginan untuk berteman.. huhuh.. Alhamdulillah ada juga yang still mengajak, membetulkan kesilapan, sayang dan take care tentangg kita... hehehe.. Subahanallah indahnya ukhwah fillah kerana Allah...

Hati memang sentiasa tak menentu, kejap semangat, kejap murung dan sentiasa berfikiran negatif. Itulah adanya sahabat yang perlu kita dampingi untuk menghilangkan sifat-sifat mazmumah...
Hati dan akal memang istemewa kerana saling berkait. Kalau hati mendambakan kerinduan dan redha Yang Maha Esa seiring dengan akal yang sentiasa berfikir akan ciptaanNya yang indah lagi ajaib... Allahuakbar..! indahnya cerminan akhlak dan pertuturan yang keluar dari mulut kita... kan tulah lebih baik daripada kita sentiasa mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.. teringat plak katakata indah “daripada berkata-kata kosong lebih baik diam.. dan diam tidak bererti kalah dan “bodoh”’...

Sekiranya kita banyak membaca, hati dan akal pun diam dan menerima ilmu dgn sucinya. Hati terjaga hatta akal pun berfungsi dgn baik dan sel-sel saraf pun sentiasa memproses data ilmu yang dibaca.. hati pulak sama ada teruja, terharu, gembira, sedih dan tersentuhlah hasil pembacaan kita... dan seterusnya berzikirullah..  tidak dilupa “keyword” nei daripada Pahrol Mohd. Juoi “Nota Fikir untuk Zikir”. Kita fikir dengan membaca, kita ambil pengajaran dan terus berzikir dgn al-Asmaul Husna.. heheheh


14/07/2012

Aku harus teguh terhadap dir dan tetap dengan hati dan iltizam yang ingikan berubah dan sungguh kerana Allah. Kurang aktif dalam FB tambahkan ibadah semata-mata kerana Allah kan itu lebih baik. Biarlah apa orang nak kata yg penting aku ada Allah dan hanya Allah yang aku inginkan dan aku harapkan. Berlaku ihsan seolah-olah Allah melihat kita..Memang pun Allah Maha Melihat kan... 

justeru itu, kita kan manusia sifatnya kalau tidak nampak, tidak tahulah.. hehhe TAPI sungguh Allah melihat perbuatan kita hatta dalam solat selalu beringatlah yang Allah melihat kita.. jaga hati susah  namun bila dah dapat kawal hati dgn iman dan ihsan InsyaAllah semua berada dalam ketaqwaan Illahi Ta’ala.. sumpah perjalan jihad sungguh PANJANG...! habuan yang kita dapat hanyalah KEPENATAN, KESAKITAN DAN DISAKITI  serta PENGORBANAN yang banyak deangan WANG dan TENAGA MASA...TAPI ia OSEM...!!! kerana di situ ada kemanisan iman yang jarang sekali orang dapat...! adapun hanya sementara tidak berterusan..InsyaAllah selagi kita berdoa supaya Allah mentarbiyyah kita ditambah keinginan dan kerelaan hati menerima dugaan dan tarbiyyah dr Allah maka kita bersiap sedia kannn.... yeah... Alhamdulillah...

Moga aktiviti pertama anjuran kami Gadis Osem berjalan dengan baik... REHLAH... seronok mengendalikan program dapat ilmu dan pengalaman agar suatu hari kelak kita bole menguruskan program yg lagi besar punyah.... hehheeh
Moga Institut, ada pelapis dan pewaris para DA’EI.. tuk meneruskan kerja DAKWAH yang mulia lagi Osem..!!!!

MALAM,
Program Rehlah akan berlagsung esok, Sedih..! semakin banyak yang undur diri dari mengikuti program nei.. huhuhu.. Ya, Allah.. kuatkan hati kami menghadapi ujian ini, sungguh incident ini tidak bole disalahkan siapa-siapa kerana ia berkait dgn ahli Usrah.. ahli Usrah masih blum serius dan tarbiyyah.. dan masih mengamalkan perbuatan JAHILIYAH dalam diri masing2.. huhuhu.. terasa..! kami mungkin blum matang dan belum bersungguh2 dlm soal DnT.. HUHUHU..Yaa, Allah Maafkan kami Ya Rabb.. tunjukkan lah kami jalan yg benar dan lembutkan hati mereka yang berada dalam mengikuti Taujihat kami...

Semua dah kami sediakan.. kalau tak ramai pergi .. sedih tengok ahli Usrah yang lain.. huhuhu.. Inilah ujian yg baru bermula dan ia akan bertambah selaras dengan pengalaman dan kefahaman Da’ei... kami ahli Usrah WAJIB tinggalkan segala perbuatan JAHILIYAH yang sudah menjadi adat resam individu... kami yang SALAH ya Allah.. Maafkan kami..! berikan kami petunujuk dan kesedaran yg  perlu kami sedari agar kepentingan dalam DnT.. dapat hadapinya dengan Redha Mu dan berjalan dengan lancarnya..Aamiiin....

Hanya doa dan perubahan diri mampu mengubah ORANG lain untuk berubah.. Ya, Allah bantulah kami dan teguhkan hati kami agar sentiasa dalam DnT.. InsyaAllah, dengan hati yg suci dan betul2 mengabdikan diri kepada Allah mampu menguatkan rohani dan jasmani. Hamba tidak dapat HIDUP tanpa Allah.... 

bersambung....
hehehe, nei adalah coretan tahun 2012..
ia sebagai khazanah yang bernilai..
ia sebagai sejarah bagi diri ini kerana ia adalah yang benar dan apa yang berlaku...

Up