Tuesday 8 January 2013

Cuti Iman, Hati & Dakwah


Sebelum pembaca mengaruk kepala kebigungan moleklah rasanya ana menjelaskan apa sebenarnya yang ana ingin sampaikan. Ana seorang pelajar yang berlajar jauh dari negeri asal ana. Alhamdulillah, ana berjaya dengan bangganya (dengan wajah perasan hehehe) dapat meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda setelah keputusan dikeluarkan oleh pihak institut ana. 

Al-kisahnya semasa ana berada dalam peringkat pengajian diploma ana sudah didedahkan usrah (dakwah & tarbiyah) oleh segolongan hamba Allah yang berhati mulia dan sentiasa mendambahkan redha dan chenta Ilahi. Alhamdulillah kiranya ana dapat mengetahui sesuatu yang bukan semua orang mendapatkannya. Ana membuat keputusan untuk tidak balik bercuti walaupun ianya waktu cuti bagi ana berpeluang untuk berjumpa keluarga yang tersayang. Namun itulah keputusan ana disebabkan alasan yang tak tahu bagi pembaca ianya wajar atau sebaliknya. Sebabnya, dalam tempoh itu ana dapat menjaga hati, melatih mentarbiyah diri agar bila cuti nanti tak lah berlaku "Cuti Iman, Hati & Dakwah

Rupa-rupanya ia tersasar dari jangkaan ana, huhuhu... Bila mana ana balik bercuti, ana mendapati ana semakin lemah, longlai dan lupa pada matlamat ana sebelum ini. 2 minggu awal bercuti, ana semangat sehinggakan satu kampung ana ajak kanak2 mengaji dan solat berjemaah.... selepas itu, ana give up huhuhu... Hanya Allah yang tahu, Malunya hamba ya Allah.... huhuhu.... Sisa2 waktu cuti yang lain ana seperti mayat yang hanya masih punya roh dan jasad... sangat lemahnya iman ana ketika itu. Ana teringat kata2 para sahabat yang berbunyi begini " Jika kita merasakan iman kita menurun maka lakukan ibadah yang wajib di awal waktu, manakala jika iman kita merasakan iman menaik maka lakukan amal ibadah sehabis yang mungkin dan sebanyak yang boleh dan termampu". 

Bila ana merenung dan membuat koreksi pada diri ana semasa cuti hari itu, ana tahu kenapa ana berkeadaan begitu. Yang pertama, ana berada dalam bi'ah yang kurang kepada deen Allah. Ana akui, sebelum ana balik bercuti ana selalu mendambahkan bi'ah (persekitaran yang soleh dan soleha) dengan menziarahi rumah murabbi... Allah, indahnya bi'ah kepada deen Allah. Yang kedua, ana tiada akhowat di sisi ana. Ana seorang2 dalam berdakwah. Ana tak kuat, ana perlukan sokongan akhowat.. Ana sayang akhowat fillah... huhuhu. 

Itulah cuti iman, hati dan dakwah....
cuti iman, ana maksudkan ia sebagai ana merasakan iman ana waktu itu sangat lemah, ketauhidan pada Allah sangat lemah seperti akal tak berfungsi dengan baiknya... Allah..!
Ana tak solat dhuha, tak solat rawatib dan solat malam seperti yang ana buat masa kat kampus... huhuhu
Ana berusaha mengkhusyukkan diri dengan solat wajib dengan diri dalam keadaan yang lemah.. Ana mengagahkan diri untuk solat taubat selepas solat isyak kerana takut bila Allah menjemput dalam keadaan yang tidak bertaubat dengan keadaan yang alpa, lalai dan cuai... Allah ampuni hamba...!
 
Cuti hati, ana menganggapnya sebagai "hati yang sakit". Ana sudah mula suka menonton tv sehingga jauh malam, cepat terpengaruh dengan wayang2 yang membawa kepada kelekaan... 

Cuti dakwah, ana menyifatkannya sebagai cuti daripada melakukan dakwah dan tarbiyah..
Ana mula malas menghantar mesej kepada adik2 madu'u... malas sangat dan ditambah dengan masalah yang melibatkan kewangan. Ana rindukan mereka, ingin menyantuni mereka dengan kasih sayang dan kerinduan kerana Allah SWT...

Persoalan yang bermain di minda ana, adalah tempoh dakwah dan tarbiyah itu bukanlah  asas kepada keteguhan keimanan. Mari kita lihat cara Nabi kesayangan kita Rasulullah SAW mentarbiyah para sahabat seperti Abu Bakar, Umar al-Khatab, Utman dan Ali ra menjadi pewaris syiar dan kader kepada ajaran yang dibawa oleh baginda. sehinggakan dapat menjadi khalifah yang disegani rakyatnya.
Kita hendaklah membentuk sebetul-betul dan sebaik-baik IM (individu Muslim) dalam diri... pembentukan IM bukannya mudah ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.. 


Ana kongsikan pengalaman ini agar sekalian pembaca (antum & antuna) dapat mengambil ikhtibar dan ibrah agar dapat membantu pembaca mengatasinya lebih awal sebelum ia berlaku lagi... Ana nak kongsikan kalam Allah yang ana rasa ia sangat terkesan dan terkena pada diri ana dan pada kader-kader yang ada berada di jalan Allah...

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpahmu sesudah diikrarkan, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu terhadap sumpah-sumpah itu.Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." [QS Al-Nahl:90-91]

Moga kita sama-sama renungkan diri dan koreksi diri setiap hari adakah kita ingin membatalkan ikrar kita yang berlaku sejak di alam roh lagi... Wallahualam. mudahn tidak sama sekali... Kita sayang Allah dan RasulNYA... 
Jangan merugikan diri anda... 
Jom berjihad semula, tanamkan cita2 hanya untuk SYAHID... 
InsyaAllah.... Allahuakhbar..! 
Assalammualaikum

Up