Thursday 27 June 2013

Jaulah Osem Sdn. Bhd

Mandi tak basah, makan tak ada feeling, dan bermacam perasaan dialami di saat menunggu waktu dan hari 23hb Mei 2013 merupakan first fligth ke Peninsular Malaya and lending at Johor Baharu. Walaubagimanapun, hati dan akal sentiasa cool dan steady mengulangkaji pelajaran persediaan untuk exam selama 2 week sebelum berangkat ke JB. Hati berbunga-bunga berbaur terharu dan perasaan yang tidak didapat digambarkan dengan kata-kata akan kebahagian kerana diri sangat bersyukur pada Maha Pencipta kerana memberi peluang untuk diri ini menempah kaki ke bumi semenanjung yang selama ini agak mustahil untuk mengimpikannya. Akhirnya saya berjaya dengan izin Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah memberikan kekuatan untuk berdiri tegak, berwajah ceria melihat kekuasaan dan kebesaran Allah.. Subahanallah..!

Man'haj atau motif utama untuk memilih jaulah persendirian adalah atas kekuatan dan keberanian pada diri telah digarap sejak kaki melangkah melajutkan pengajian di bumi Sarawak dengan situasi yang sama pergi berbekalkan nasihat ibu ayah dan cikgu kesayangan. atas faktor kewangan dan faktor lain, ibu ayah tak dapat menghantar terus ke bumi Sarawak. Namun, mereka yang disayangi sangat mempercayai diri ini sehinggakan tekad melakukannya sendirian dengan menyerah segalanya kepada Allah.. Tawakaltu Illahi Ta'ala, Law lahaawala Kuatu Illah Billah il'azim. Cuba bayangkan diri terkapai-kapai tanpa ilmu untuk menuju lapangan terbang KK dan airport Sibu tanpa diiringi sesiapa namun dengan keazaman pada diri sanggup dan berkorban untuk hanya sementara. Keputusan untuk berjaulah dengan faktor dorongan usrahmate dikukuhkan dengan tarikan tiket fligth murah pada masa itu. Justeru saya tekad nak berjaulah ke Johor, Melaka, Kuantan, Terenganu dan Shah Alam. Alhmdulillah.. Ya Allah kerana mempermudahkan urusan hambaMU ini.. Motif utama saya memilih untuk berjaulah seorang atas kerana ingin mencari redha Allah, mendekatkan diri dengan Allah dan saya sangat dahagakan tarbiyyah dari Allah dan akhirnya sekali kerana ingin berjumpa dengan akhowat2 dan Ukhti2 Fillah yang berada di semenanjung. Allah sangat dekat dan Maha Mendengar keinginan saya. Saya berpegang pada ayat Allah yang berbunyi:

"Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNYA dan berjihadlah pada jalanNYA supaya kamu peroleh kejayaan." [QS al-Ma'idah: 35]



Secara ringkas kisah jaulah Sdn Bhd ini saya ukirkan dengan perasaan yang teramat bersyukur dan teruja dan terharu. Hanya Allah yang tahu isi hati yang sentiasa mengagungkan kebesaran Allah. Melihat bentuk muka bumi dan persekitaran sepanjang berada di peninsular Malaya. "Betul ke ni, saya sekarang berada di semenanjung.."?
Allah, saya sering mengangkat kesyukuran dan memperbanyakkan memuji akan kebesaran Allah.. Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..!!!
Jaulah ini saya sangat mengharapkan sesuatu yang bererti berlaku pada saya untuk saya bawa balik ke Sarawak dan Sabah bagi panduan dan Ibrah yang boleh saya jadikan pengalaman dalam lebih melajur dalam medan tarbiyah dan dakwah ini. InshaAllah. 

Pengalaman pertama saya semasa berada di rumah akhowat AO (nama singkatan) di JB. kehidupan akhowat boleh dikatakan kaya dan senang berbanding keluarga saya dan akhowat AZ (nama singkatan). Walaubagaimanapun, bukan menjadi ukuran dan bukan semuanya orang kaya ini jahat seperti diwawarkan dalam cerita drama dan bukan semua orang kaya suka boros dan kedekut. Saya bertambah memuji Allah kerana atas nikmat kekayaan dan rezeki keluarga akhowat AO sangat dilimpah ruahkan.. alhmdulillah.. ditambah lagi, mereka menyalurkan harta di jalan Allah dengan bersedekah dan membelinya untuk keperluan asasi hidup. alhmdulillah. Minda saya terbuka luas bila berhadapan dengan pelbagai renca kehidupan masyarakat di luar sana. Allahu Robbi. banyaknya tanggungjawabku, besarnya harapan umat kepadaku untuk memandu dan membimbing mereka. Allah, layakkah aku..? Ilmuku hanya seciput, layakkah aku..? sedihnya memikirkan umat sekarang... =(

Saya lebih kehadapan bila memikirkan tentang umat. saya sayang umat Islam selaku saudaraku di Syurga kelak..Allahu Robbi.. Maafkan aku ya Allah..!
Hati dan perasaan saya terasa patuh dan malu pada diri akan kesedaran pada diri akan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri ini. Allahu Robbil.. Saya sayangkan umat..! seperti mana diceritakan dalam hadis Rasulullah saw sangat menyayanggi dan merindui umat akhir zaman sehingga ke akhir hayat Rasulullah juga menyebut "Umati..umati" umatku..umatku kata Rasulullah.. Allahu Robbi.. Sungguh kami juga sangat merindui Rasulullah saw dan ingin memeluknya. Sampaikan salam sayang dan rindu kami pada KekasihMu Ya, Allah..! 
-bersambung-
Up