Tuesday 9 October 2012

Sang Hati Perlukan Ubat




Bismillahirahman nirahim,
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk meneruskan perjuangan bukan hanya untuk diri tapi untuk kemashalatan ummah semata-mata menginginkan redha Illahi.

Yaa, bersyukur yang tidak terkira
Yaa, seperti ingin membalas segala nikmat yang Allah berikan, membalas dengan apa? Membalas yang bagaimana yaa???
Uhh..! Sedihnya diri bila menghitung amalan yang tak melayakkan lagi memasuki SorgaNYA hatta dihujung pangkal syurga pun tak sampai-sampai.. huhuhuh
Membalas dengan menunaikan Solat Fardu ditambah dengan Solat Sunat... khusyuk ka???
Membalas dengan amalan jariah, bersedekah, ...?
Ya, Allah hamba tak tahu nak kata apa lagi bila merenung amalan kebaikkan lebih sedikit berbanding amalan yang jahat... [huhuh, air mata berlimpa ruah bertaburan menginsafi dosa]

Kenapa kesilapan berlaku lagi dalam jangka masa yang singkat..? Adakah kita tidak berusaha menjaga amalan kita? Kita tidak jaga hati kita? Bukankah yang halal dan haram itu jelas sekali sebagai panduan untuk kita menjauhi dan mendekatkan diri padaNYA. Namun kita jarang berusaha menjaga hati daripada anasir-anasir syaitan nampak dan tak nampak..hahaha.. faham-fahamlah yaa.. tersenyum sinis dibuatnya.
Baiklah mari kita renung dan hayati hadis daripada Rasulullah saw bersabda:-

"Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas, dan antara keduanya adalah perkara-perkara musytabihat yakni yang tidak jelas sama ada itu haram atau halal dan tidak diketahui akan kejelasannya ramai dalam kalangan manusia. Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhah itu, maka dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya. Sesiapa jatuh ke dalam perkara syubhah maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram. Seperti penggembala yang mengembala di sekitar daerah larangan (sempadan, ditakuti akan memasukinya (daerah larangan itu). Ketahuilah bahawa setiap raja itu mempunyai kawasan larangannya (yang orang lain dilarang memasukinya)dan kawasan larangan Allah adalah apa yang diharamkan olehNYA. Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal darah, sekiranya ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, sekiranya ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah ia adalah qalb (ramai menterjemahkan ia sebagai hati, ada juga mengatakan ia adalah jantung). Hadis Bukhari dan Muslim)

Kalaulah hati itu dapat dilihat pasti baru kita menjaganya sebaik mungkin, tapi sayang, ia tidak kelihatan malah ia terlalu sensitif perangainya. Kadang-kadang kita tak mampu mengawalnya...[risau...wahahaa].
Kebahagian dan kelapangan manusia itu bersumberkan daripada hati yang bersih bukan diukur dari kebayakkan harta dan pasangan keliling dunia..[Peiwuuuuhh.. banyaknya, hati-hati lah hati..hahaha]

Bagaimana nak jaga hati nei.. susah juga nak jaga sebab ia tidak kelihatan..?
Aikk... betul juga yaa, ermm... di mana ada keinginan kearah kebaikkan menuju redha Illahi, pasti ada jalan menuju Allah. Ana pernah dengar satu kata-kata yang berbunyi begeni.." Allah yang memberi ujian daripada permasalahan yang kita hadapi sehubungan dengan itu, Allah juga lah yang mampu menyelesaikan masalah yang didatangkan kepada kita. Justeru itu, doa dan minta dipermudahkan kepada Allah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Allah mendatangkan ujian untuk menguji hamba-hambaNYA sama ada meminta-minta kepada Tuhannya kerana Allah suka hambanNYA yang meminta-minta, meragu-ragu, menangis-nangis keranaNYA serta menginsafi kesalahannya. Jadinya, janganlah bangga dan meninggi diri hingga ke langit bila mana dapat menyelesaikan sesuatu perkara yang orang lain tak dapat selesaikannya... bangga lah tek konon.. hahhaha... 
Kita nei kecil saja, semut pun bukan, kuman lagi tak sama, tapi kita semua sama seperti maklukNya yang lain cumanya kita punya akal untuk menilai dan berfikir bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. 





Mari kita ke topik yang lebih utama iaitu macam mana nak jaga hati...?
Ana akan kongsikan apa yang telah dibincangkan dalam usrah yang lepas-lepas berkenaan hati..hehehe senyumlah..
Yaa, hati ibarat Raja.. bukan raja Firaun yaa, Firaun itu raja yg zalim... hahaha]
Yaa, raja yang mana mentadbir rakyatnya iaitu anggota badan. Walaupun kita punya akal yang pandai juga dapat dikalahkan oleh sang hati yang kecil Tapi punya kuasa impak ke seluruh badan.. bila hati sakit maka sakitlah seluruh badan seseorang itu hatta akal sekali pun. Di sini kita lihat peranan hati itu sangat memainkan impak yang baik malah yang buruk.. Tuuulah pasal kita WAJIB jaga hati.. setuju tak kawan-kawan ana hehe...
Ana mengklasifikassikan hati kepada 3 kategori iaitu
1) Hati sihat
2) Hati sakit
3) Hati mati

Hati Sihat adalah hati yang mana sentiasa mengingati PenciptaNYA yakni hati kenal Tuhanya.. maka hati  pun takut melakukan dosa kerana hati berlaku Ihsan iaitu membayangkan seolah-olah Allah melihat segala yang terbuka mahupun yang tersembunyi hati pun berhati-hati dalam pertuturan, kelakukan dan menjaga rakyatnya [anggota badan seperti telinga, dan mata] daripada melakukan dosa. Htai sihat sentiasa bersemangat dan tahu tujuan dan matlkamat penciptaannya. Hati yang sihat dapat digambarkan dan dipantulkan melalui raut muka manusia tu. Itu lah hati...sihat...[nak tambah boleh juga.. heheh]

Hati Sakit adalah hati yang demam panas dan sejuk.. wahahaha.. seriyes nei... 
Hati yang sakit memerlukan rawatan secepat yang mungkin jika tidak hati itu mati termasuk dengan pemilik hati tu sekali masuk kubur... nahhh... takut pula hahaha..
Bila hati sakit ia tidak bermaya, lemah dalam mengakses saraf-saraf otak untuk berfikir dan lebih kepada keseronokan saja.. huhuhuh... hati yang sakit ia kabur-kabur mengenal tuan pemilik hati malah yang paling sedih tak mengenal Penciptanya..tidak ada tujuan hidup, statik kedudukannya hanya akal yang sentiasa memotivasikannya... Alah.. berpandukan ilmu di akal jak, namun hatinya mejampi-serambi menafikan yang benar.. Astagfirullah al'azim... huhuhu mudahn dijauhkan.... ishh3...
Sesiapa yang dikenal pasti hatinya sakit cepat-cepat bagi ubat hati... Ubat Hati.. apakah itu...????

Hati Mati pula adalah hati yang mati... adakah hati yang mati boleh dihidupkan kembali...? Tanya lah akal dan firasat anda.. hehehe...
Ana pun tak pasti, tapi bila menyifatkan maksud mati yaa ia tidak dapat dihidupkan kembali, Tapi jika Allah megkehendaki InsyaAllah, hati yang mati akan hidup semula dengan subur dan harumnya bersih dari noda dan goda kerana hati yang insaf dan bertaubat tidak melakukan kesalahannya. Ermm boleh diterima juga hahaha..
Ana juga berpendapat hati yang mati jika dibeiarkan terus mati tanpa ada usaha kearah kebenaran ia akan mati tampaknya walaupun zahirnya hidup.. hati yang mati tidak mengenal Allah, hidupnya kosong dan tidak berfaedah untuk diri dan orang lain... ishhhh... mudahan yang membaca blog nei semuanya yang baik-baik belaka cyeah.. heheh Aamiin.. Yaa,lah tiada yang mustahil dengan izin Allah swt....

Dalam aktiviti "sharing is loving", usrahmate ana ada mengetengahkan beberapa cara untuk menjaga hati iaitu:
1) berdzikir "zikirullah"
2) membaca dan menghayati makna ayat bacaan
3) berkumpul dengan sahabat-sahabar soleh/solehah
4) menggalakkan diri menghadiri majlis-majlis ilmu
5) banyakkan beristiqfar

Ana ada beberapa cara untuk menjaga hati daripada terdetik atau menjurus ke lembah "Couple-ling" antaranya iaitu:_
1) menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
2) menjaga pandangan sebaiknya. [walaupun hensem or cantik hahaha]
3) Elakkan diri daripada menonton filem yang berkisalkan "Percintaan" kerana keinginan untuk bercouple dapat dikurangkan
4) bernikah adalah altenatif yang afdal digalakkan bagi mereka yang berkehendak

Perkara-perkara di atas tadi merupakan panduan dan ikhtiar semata-mata usaha untuk menjaga sang hati kita .. InsyaAllah jika diamalkan secara terus menerus akan berpanjangan kesannya
mudahan Allah meredhai apa yang ana share dengan antum.. moga bermanfaat untuk diri dan masalahAtan ummah.. Aamiin...
Wassalamualaikum.... hehehe :)
Up