Monday 8 October 2012

Kesedaran Bermula dari Diri (Serangan Pemikiran)



Salam Palestina
Salam Jihad

Salam Syahid


Firman Allah swt:-
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNYA (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [QS al-Isra:1]

Isu kesengsaraan warga Palestine tergiang-giang di satu sudut telinga yang tidak mampu berbuat apa-apa, mampu melahirkan simpati dan doa untuk rakyatnya yang ditindas dan dizalimi..Ahh.. kadang-kadang diri teringin pergi ke negara tersebut untuk melawan dan membunuh sesiapa sahaja yang membunuh saudaraku di sana. bisik hati kecilku....Alah..! tidak perlulah take care sangat tentang isu Palestine.. kan Allah janji akan kemenangan berpihak pada negara tersebut... kan..kan..???
Yaa, betul..! tapi inilah peluang untuk kita sebegai hambaNYA mengumpulkan pahala bersama-sama turut membantu berjuang dalam pembebasan Palestine.. Pahala jihad di sisiNYA sangat besar ganjarannya maka rugilah jika kita hanya berpeluk tubuh semata-mata melihat tanpa ada apa-apa ikhtiar membasmi masalah rakyat Palestine. Tahukah kalian negara Palestine adalah PENJARA terBESAR di seluruh dunia. Maksudnya makanan, kebebasan dan sehubungan dengan waktunya disekat dan dikawal oleh Yahudi. Cuba Bayangkan empunya tanah negara Palestine Tapi orang lain yang memerintah dan mengawal segalanya.. tidak kah sakit hati.. [marah nei... huhuh]... 

Bayangkan saudara dan saudari
dari 1948 hingga ke hari ini rakyat Palestine belum dapat dibelah dan diselesaikan lagi sedangkan kita ada PBB namun ia tidak semudah itu, PBB tertakluk pada persetujuan semua ahli negara kotanya... tut..tut... terdiam... hahhaha
Yaa, benarnya apa yang diperlajari dalam "Hubungan Anatarbangsa" cyeah..hehehe
pada 1948 di Tanah Melayu pada ketika itu disibukkan dengan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu ke arah nak merdeka seterusnya berkerajaan sendiri... Namun disebalik negara saudara kita di Semenanjung Tanah Arab sedang bergolak mempertahankan negara Palestine akhirnya pada 1948 juga negara Israel secara rasminya telah ditubuhkan... entah dapat persetujuan dari siapa... main serbunya negara orang... huhuh... [hidung pun mula mengembang seiring hati bergelojak marah]
Itulahlah serba sedikit cerita awal al-kisahnya.. 

Persoalannya bagaimana kita membantu rakyat Palestine yang nun jauh di negara Yaman di sana. ??? Yaa, kita tak mampu menyuarakan hasrat dan niat kepada PBB dan tak mampu menghalang niat buruk oarang Yahudi dan sekutunya.. Ermmm... bagaimana kalau kita memprotes mereka..! haaaaaaaaaa... satu cadangan yang baik.. mampukah kita bertahan..? mampukah kita melakukan protes yang berterusan..? Tanya pada hati jika hati sendiri merelakan, jika hati sangup bertahan dengan godaan-godaan tersebut. Tanya pada telinga dan mata jika sangup tidak melihat filem-filem dan mendengar lagu k-pop yang kebanyakkan melalui tipu daya Zionis Laknatullah..!

Wahai pemuda-pemudikita bersenang-senang sedangkan saudara seagama kita menderita KERANA KITA..Ahhhh.. kenapa pula???? Blurr... Begini adik, akak, dan abang sekalian... orang Yahudi sentiasa mencari pelbagai sudut [macam kaedah syaitan pula kan..khuwahahaha...] untuk menghancurkan Islam bukan hanya dengan mata fizikalnya tapi yang lebih bahaya adalah dengan mata-mata yang halus... Jeng-jeng... Ia juga dikenali sebagai "Ghazwul Fikh" iaitu "Serangan Pemikiran". Serangan pemikiran tanpa disedari keberadaannya, tanpa merasakan keberadaannya... kerana dilakukan secara halus..

tuuuut.. lihat gambar di bawah nei... 



3S dan 3F yang merangkumi aset Yahudi untuk menghancurkan anak-anak remaja diseluruh dunia
3S----> Seks, Smoke and Sport
3F.....> Fun, Fashion and Food
Apa kena mengena pula dengan 3S dan 3F nei... bluurrrr...
Melalui 3S dan 3F nei ramai remaja dan dewasa menjadi lemah dari segi pemikiran untuk berfikir, alpa dan lalai kepada perintah Allah swt.. betul tak..? kan betul.. siapa tak mengaku???? tanya hati, mata dan telinga sendiri... cyeah...!
Remaja dikaitkan dengan ohh.. fun, enjoy, game, fesyen, smoke yang lelakinya. perempuan pula dengan fesyennya, makanannya, banyak lagi lah..[satu baldi air liur meleleh untuk menyakinkan perkara sebenar dush3... ] Jangan penat mengajak, menyeru, dan menasihati dan memberitahu hal sebenar yang terjadi dalam kehidupan masa kini.. cukup power godaannya... Wahai hati-hati yang masih mudah, yang masih panjang sisa perjuangan jangan membuang usia dengan ghazwul fikh di atas.. [peluh banyak nei. nanti kang di saman or bawah ke muka pengadilan]

Bukan apa akak-akak dan abang-abang
Nei adalah kebaikan kita semua terutamanya untuk kebaikan dunia dan akhirat. Bagaimana rupanya amalan kita di dunia begitu juga timpalan yang kita peroleh. Jika kita hanya duduk tengok movei "Korea" berdance "Gangnam Style".. Apa pula yang kita dapat di akhirat.. Allah swt tak tanya filem apa yang kita tengok, pandaikah kita menari, cantik dan bergayakah pakaian kita kat dunia.. Tidak..! saudara dan saudari... 
Saudara dan saudari Malulah..malulah dengan Nabi Junjungan kita Rasullullah saw, di mana masa hidup baginda tidak pernah seperti kita yang mewah, serba baharu sana-sini, walaupun orang Qurasy menawarkan harta dan wanita pantas sekali Rasulullah menolaknya kerana tawaran itu akan merosakan pemikiran, melalaikan dan membuat kita alpa pada yang Esa..huhuhuhu.. [air mata bertaburan sana-sini menangis keinsafan]

Ghazwul fikh juga melatih kita berfikir di satu sudut yang statik bukannya dinamik. Malah melatih pemikiran kita supaya tidak mengambil berat tentang hal-hal kemanusian yang berlaku di beberapa negara Islam ia lebih kepada al-kisal "PERCINTAAN". berada di zon selesa, bebas dari masalah walaupun akikatnya assignment berlambak.. Jeng-jeng ketahuan....
Itulah serangan pemikiran tanpa disedari keberadaannya sungguh pun ia dekat dalam kehidupan kita Tapi saudara dan saudari berbanding itu semua, MATI lebih dekat dengan kita sebenarnya..
Adakah anda bersedia.????
Tanya lah iman, hati dan amal sendiri jika sudah melayakkan ke SorgaNYA... 
Renunglah Firman Allah:- 
"Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNYA dan berjihadlah pada jalanNYA supaya kamu peroleh kejayaan." [QS al-Ma'idah: 35]
Wassalamualaikum... 


Up