Thursday 18 October 2012

Lupakah Aku..!

Mengapa kita sering lupa diri..?
adakah tiada orang yang mengingatkan kita..?
Try asking your self... aku nei ada kawankah..aku nei ada yang take care kah???
Aik sampai begitu sekali soalannya hahhaha...
Baiklah, betul manusia itu memang sifatnya pelupa, cuai dan lalai..huhuhu
Tapi kan cuba kita renung kembali seharian yang kita lakukan hari ini... ada sesuatu yang aku lupa nak buatkah? ada yang tertinggal barangkah? aku lupalah nak beli something hari ini huhu?

Itu sajakah yang anda terlupa? Bukankah sebenarnya ada perkara yang anda WAJIB ingat.. hehhee... ingat MATI... dan..ingat sejauh mana dan berapa amalan ibadah yang kita luangkan hanya untuk Allah...? terdengar suara bersuara "Alah, mana ada orang yang ingatkan saya".. Dush-dush....
Cuba renungkan kenapa dan kenapa orang yang dahulunya menengur anda.. kini.. tak tengur lagi.. apa keheee nei... pasti ada yang tak kena...
Adakah anda marah orang menengur anda..? Adakah anda naik muka bila ditegur..? Adakah anda rasa maruah jatuh dan rendah bila ditegur sehingga mengiklankan diri.."JANGAN TEGUR SAYA"... jeng-jeng.. hehehe
Alah, dia tu.. tut..da'ie itu tak mendengur dgn berhikmah.. dia main cakap lepas... tegur kita orang di khalayak ramai... huhuh..
Wallahualam, hehe... baik kita renung diri sendiri... baik yang menengur dan yang ditegur... jangan salahkan orang bila diri sudah tiada yang nak tegur... jangan salahkan orang bila kita tegur tak kena pada tempat dan masanya....! JANGAN salahkan sesiapa.. yaa... salahkan diri sendiri..

berbalik pada kisah LUPA....  
kita seringkali lupa pada Allah walhal Allah every second always memerhatikan kita... namun tak perna kita kisah tentang keberadaan Allah... walaupun kita imani Allah itu wujud... kita lupa pada kepentingan akhirat.. kita lebihkan kepentingan dan keperluan dunia yang rakus tanpa hentinya sehinggalah tibanya hari kiamat.. 
bukankah sepatutnya kepentingan di dunia ini adalah alat dan cara untuk kita mudah dan lancar disepanjang laluan siratul mustakim... bukannya kita menjadi hamba abdi kepada keperluan dunia yang sementara... fikirkanlah...

Firman Allah:-
"Mereka adalah orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia; Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksaan neraka." [QS Ali-Imran: 191]

Lihatlah, renungkan ayat cinta dari Allah untuk hambaNYA agar sentiasa meningatiNYA.. mengagungkanNYA dan Memuji-muji kebesaraanNYA.. Subahanallah... Allahuakbar...Alhamdulillah syukur atas nikmat iman dan Islam kita masih berada dalam rahmat dan penjagaan Allah... tidakkah anda rasa gembira tatkala Allah sentiasa melihat kita dari langit, menjaga kita kemana kita pergi, membantu kita dalam menguruskan hal dunia... dan akhirat... Allah..Allah...
jika kita mengingati Allah lagilah ingat pada hambaNYA yang ingat dan memujiNYA dalam segenap amalan... hehehe.. berbunga-bunga hati.. alhamdulillah... 
JOM..! banyakkan ingat Allah, tak rugi ingat Allah, dapat pahala adalah... 

Ingat MATI adalah sebaik-baik peringatan menuju dan mendekat diri pada Pencipta alam semesta ini yakni Allah SWT.. hidup hanya sekali, lakukan yang terbaik pada diri anda... anda tak sesat walaupun hakikatnya banyak orang yang sesat jika kita berpandukan dan menyakini janji Allah itu PASTI..! apa yang pastinya..? hahhaa
PASTI mati..
PASTI kemenangan Islam tercapai 
PASTI kiamat menyusul tiba
PASTI kebaikan dibalas dengan baik, kejahatan dibalas dengan kejahatan...
dan banyak lagilah nikmat Allah... tak terkira diri menghitungnya...

Sebut pasal nikmat..! 
Nikmat Allah cukup besar, cukup osem..!
nak balas dengan apa yaaa... yaalah Allah dah bagi kita nikmat hidup yang aman selesa, nikmat makan yang sedap dan banyak hahaha... apa lagi.. banyak tuan-tuan dan puan-puan yang disayangi... 
balas dengan solatlah... khusyuk kah kita, sejauh mana kita solat menjadi hamba selayak-layak hamba padaNYA...
Sudahkah kita menyiapkan fikiran agar tak memikirkan hal dunia semasa kita solat... bluurrrr... 
Susah dan payah lari dari itu semua...
Tapi usaha tangga kejayaan.. jika kita berusaha kearah mengingati Allah dalam semua aspek harian juga diaplikasikan dalam solat.. InsyaAllah kita bole mengubahnya dengan bantuan dan doa yang berterusan padaNYA... Aaamiin...

Ana harapkan coretan hari-hari dalam hidupku kita jangan lupa..! 
LUPAKAH AKU..!  jangan kita lupa pada DIA yang mnciptakan kita...
dan bagi yang menegur dan ditegur beringatlah... jika inginkan teguran sentiasa amalkan sikap bersangka baik dan berlapang dada dengan orang yang disekililing kita... InsyaAllah boleh...!
Teguran itu datangnya dari Allah... 
Allah sayang kita itu sebab DIA hantarkan somebody untuk tegur kita.. peace.. >_<
Ana mohon pamit yaa.. doakan ana untuk tsabat dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini...
Assalamualaikum 

Tuesday 9 October 2012

Sang Hati Perlukan Ubat




Bismillahirahman nirahim,
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk meneruskan perjuangan bukan hanya untuk diri tapi untuk kemashalatan ummah semata-mata menginginkan redha Illahi.

Yaa, bersyukur yang tidak terkira
Yaa, seperti ingin membalas segala nikmat yang Allah berikan, membalas dengan apa? Membalas yang bagaimana yaa???
Uhh..! Sedihnya diri bila menghitung amalan yang tak melayakkan lagi memasuki SorgaNYA hatta dihujung pangkal syurga pun tak sampai-sampai.. huhuhuh
Membalas dengan menunaikan Solat Fardu ditambah dengan Solat Sunat... khusyuk ka???
Membalas dengan amalan jariah, bersedekah, ...?
Ya, Allah hamba tak tahu nak kata apa lagi bila merenung amalan kebaikkan lebih sedikit berbanding amalan yang jahat... [huhuh, air mata berlimpa ruah bertaburan menginsafi dosa]

Kenapa kesilapan berlaku lagi dalam jangka masa yang singkat..? Adakah kita tidak berusaha menjaga amalan kita? Kita tidak jaga hati kita? Bukankah yang halal dan haram itu jelas sekali sebagai panduan untuk kita menjauhi dan mendekatkan diri padaNYA. Namun kita jarang berusaha menjaga hati daripada anasir-anasir syaitan nampak dan tak nampak..hahaha.. faham-fahamlah yaa.. tersenyum sinis dibuatnya.
Baiklah mari kita renung dan hayati hadis daripada Rasulullah saw bersabda:-

"Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas, dan antara keduanya adalah perkara-perkara musytabihat yakni yang tidak jelas sama ada itu haram atau halal dan tidak diketahui akan kejelasannya ramai dalam kalangan manusia. Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhah itu, maka dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya. Sesiapa jatuh ke dalam perkara syubhah maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram. Seperti penggembala yang mengembala di sekitar daerah larangan (sempadan, ditakuti akan memasukinya (daerah larangan itu). Ketahuilah bahawa setiap raja itu mempunyai kawasan larangannya (yang orang lain dilarang memasukinya)dan kawasan larangan Allah adalah apa yang diharamkan olehNYA. Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal darah, sekiranya ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, sekiranya ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah ia adalah qalb (ramai menterjemahkan ia sebagai hati, ada juga mengatakan ia adalah jantung). Hadis Bukhari dan Muslim)

Kalaulah hati itu dapat dilihat pasti baru kita menjaganya sebaik mungkin, tapi sayang, ia tidak kelihatan malah ia terlalu sensitif perangainya. Kadang-kadang kita tak mampu mengawalnya...[risau...wahahaa].
Kebahagian dan kelapangan manusia itu bersumberkan daripada hati yang bersih bukan diukur dari kebayakkan harta dan pasangan keliling dunia..[Peiwuuuuhh.. banyaknya, hati-hati lah hati..hahaha]

Bagaimana nak jaga hati nei.. susah juga nak jaga sebab ia tidak kelihatan..?
Aikk... betul juga yaa, ermm... di mana ada keinginan kearah kebaikkan menuju redha Illahi, pasti ada jalan menuju Allah. Ana pernah dengar satu kata-kata yang berbunyi begeni.." Allah yang memberi ujian daripada permasalahan yang kita hadapi sehubungan dengan itu, Allah juga lah yang mampu menyelesaikan masalah yang didatangkan kepada kita. Justeru itu, doa dan minta dipermudahkan kepada Allah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Allah mendatangkan ujian untuk menguji hamba-hambaNYA sama ada meminta-minta kepada Tuhannya kerana Allah suka hambanNYA yang meminta-minta, meragu-ragu, menangis-nangis keranaNYA serta menginsafi kesalahannya. Jadinya, janganlah bangga dan meninggi diri hingga ke langit bila mana dapat menyelesaikan sesuatu perkara yang orang lain tak dapat selesaikannya... bangga lah tek konon.. hahhaha... 
Kita nei kecil saja, semut pun bukan, kuman lagi tak sama, tapi kita semua sama seperti maklukNya yang lain cumanya kita punya akal untuk menilai dan berfikir bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. 





Mari kita ke topik yang lebih utama iaitu macam mana nak jaga hati...?
Ana akan kongsikan apa yang telah dibincangkan dalam usrah yang lepas-lepas berkenaan hati..hehehe senyumlah..
Yaa, hati ibarat Raja.. bukan raja Firaun yaa, Firaun itu raja yg zalim... hahaha]
Yaa, raja yang mana mentadbir rakyatnya iaitu anggota badan. Walaupun kita punya akal yang pandai juga dapat dikalahkan oleh sang hati yang kecil Tapi punya kuasa impak ke seluruh badan.. bila hati sakit maka sakitlah seluruh badan seseorang itu hatta akal sekali pun. Di sini kita lihat peranan hati itu sangat memainkan impak yang baik malah yang buruk.. Tuuulah pasal kita WAJIB jaga hati.. setuju tak kawan-kawan ana hehe...
Ana mengklasifikassikan hati kepada 3 kategori iaitu
1) Hati sihat
2) Hati sakit
3) Hati mati

Hati Sihat adalah hati yang mana sentiasa mengingati PenciptaNYA yakni hati kenal Tuhanya.. maka hati  pun takut melakukan dosa kerana hati berlaku Ihsan iaitu membayangkan seolah-olah Allah melihat segala yang terbuka mahupun yang tersembunyi hati pun berhati-hati dalam pertuturan, kelakukan dan menjaga rakyatnya [anggota badan seperti telinga, dan mata] daripada melakukan dosa. Htai sihat sentiasa bersemangat dan tahu tujuan dan matlkamat penciptaannya. Hati yang sihat dapat digambarkan dan dipantulkan melalui raut muka manusia tu. Itu lah hati...sihat...[nak tambah boleh juga.. heheh]

Hati Sakit adalah hati yang demam panas dan sejuk.. wahahaha.. seriyes nei... 
Hati yang sakit memerlukan rawatan secepat yang mungkin jika tidak hati itu mati termasuk dengan pemilik hati tu sekali masuk kubur... nahhh... takut pula hahaha..
Bila hati sakit ia tidak bermaya, lemah dalam mengakses saraf-saraf otak untuk berfikir dan lebih kepada keseronokan saja.. huhuhuh... hati yang sakit ia kabur-kabur mengenal tuan pemilik hati malah yang paling sedih tak mengenal Penciptanya..tidak ada tujuan hidup, statik kedudukannya hanya akal yang sentiasa memotivasikannya... Alah.. berpandukan ilmu di akal jak, namun hatinya mejampi-serambi menafikan yang benar.. Astagfirullah al'azim... huhuhu mudahn dijauhkan.... ishh3...
Sesiapa yang dikenal pasti hatinya sakit cepat-cepat bagi ubat hati... Ubat Hati.. apakah itu...????

Hati Mati pula adalah hati yang mati... adakah hati yang mati boleh dihidupkan kembali...? Tanya lah akal dan firasat anda.. hehehe...
Ana pun tak pasti, tapi bila menyifatkan maksud mati yaa ia tidak dapat dihidupkan kembali, Tapi jika Allah megkehendaki InsyaAllah, hati yang mati akan hidup semula dengan subur dan harumnya bersih dari noda dan goda kerana hati yang insaf dan bertaubat tidak melakukan kesalahannya. Ermm boleh diterima juga hahaha..
Ana juga berpendapat hati yang mati jika dibeiarkan terus mati tanpa ada usaha kearah kebenaran ia akan mati tampaknya walaupun zahirnya hidup.. hati yang mati tidak mengenal Allah, hidupnya kosong dan tidak berfaedah untuk diri dan orang lain... ishhhh... mudahan yang membaca blog nei semuanya yang baik-baik belaka cyeah.. heheh Aamiin.. Yaa,lah tiada yang mustahil dengan izin Allah swt....

Dalam aktiviti "sharing is loving", usrahmate ana ada mengetengahkan beberapa cara untuk menjaga hati iaitu:
1) berdzikir "zikirullah"
2) membaca dan menghayati makna ayat bacaan
3) berkumpul dengan sahabat-sahabar soleh/solehah
4) menggalakkan diri menghadiri majlis-majlis ilmu
5) banyakkan beristiqfar

Ana ada beberapa cara untuk menjaga hati daripada terdetik atau menjurus ke lembah "Couple-ling" antaranya iaitu:_
1) menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
2) menjaga pandangan sebaiknya. [walaupun hensem or cantik hahaha]
3) Elakkan diri daripada menonton filem yang berkisalkan "Percintaan" kerana keinginan untuk bercouple dapat dikurangkan
4) bernikah adalah altenatif yang afdal digalakkan bagi mereka yang berkehendak

Perkara-perkara di atas tadi merupakan panduan dan ikhtiar semata-mata usaha untuk menjaga sang hati kita .. InsyaAllah jika diamalkan secara terus menerus akan berpanjangan kesannya
mudahan Allah meredhai apa yang ana share dengan antum.. moga bermanfaat untuk diri dan masalahAtan ummah.. Aamiin...
Wassalamualaikum.... hehehe :)

Monday 8 October 2012

Kesedaran Bermula dari Diri (Serangan Pemikiran)



Salam Palestina
Salam Jihad

Salam Syahid


Firman Allah swt:-
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNYA (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [QS al-Isra:1]

Isu kesengsaraan warga Palestine tergiang-giang di satu sudut telinga yang tidak mampu berbuat apa-apa, mampu melahirkan simpati dan doa untuk rakyatnya yang ditindas dan dizalimi..Ahh.. kadang-kadang diri teringin pergi ke negara tersebut untuk melawan dan membunuh sesiapa sahaja yang membunuh saudaraku di sana. bisik hati kecilku....Alah..! tidak perlulah take care sangat tentang isu Palestine.. kan Allah janji akan kemenangan berpihak pada negara tersebut... kan..kan..???
Yaa, betul..! tapi inilah peluang untuk kita sebegai hambaNYA mengumpulkan pahala bersama-sama turut membantu berjuang dalam pembebasan Palestine.. Pahala jihad di sisiNYA sangat besar ganjarannya maka rugilah jika kita hanya berpeluk tubuh semata-mata melihat tanpa ada apa-apa ikhtiar membasmi masalah rakyat Palestine. Tahukah kalian negara Palestine adalah PENJARA terBESAR di seluruh dunia. Maksudnya makanan, kebebasan dan sehubungan dengan waktunya disekat dan dikawal oleh Yahudi. Cuba Bayangkan empunya tanah negara Palestine Tapi orang lain yang memerintah dan mengawal segalanya.. tidak kah sakit hati.. [marah nei... huhuh]... 

Bayangkan saudara dan saudari
dari 1948 hingga ke hari ini rakyat Palestine belum dapat dibelah dan diselesaikan lagi sedangkan kita ada PBB namun ia tidak semudah itu, PBB tertakluk pada persetujuan semua ahli negara kotanya... tut..tut... terdiam... hahhaha
Yaa, benarnya apa yang diperlajari dalam "Hubungan Anatarbangsa" cyeah..hehehe
pada 1948 di Tanah Melayu pada ketika itu disibukkan dengan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu ke arah nak merdeka seterusnya berkerajaan sendiri... Namun disebalik negara saudara kita di Semenanjung Tanah Arab sedang bergolak mempertahankan negara Palestine akhirnya pada 1948 juga negara Israel secara rasminya telah ditubuhkan... entah dapat persetujuan dari siapa... main serbunya negara orang... huhuh... [hidung pun mula mengembang seiring hati bergelojak marah]
Itulahlah serba sedikit cerita awal al-kisahnya.. 

Persoalannya bagaimana kita membantu rakyat Palestine yang nun jauh di negara Yaman di sana. ??? Yaa, kita tak mampu menyuarakan hasrat dan niat kepada PBB dan tak mampu menghalang niat buruk oarang Yahudi dan sekutunya.. Ermmm... bagaimana kalau kita memprotes mereka..! haaaaaaaaaa... satu cadangan yang baik.. mampukah kita bertahan..? mampukah kita melakukan protes yang berterusan..? Tanya pada hati jika hati sendiri merelakan, jika hati sangup bertahan dengan godaan-godaan tersebut. Tanya pada telinga dan mata jika sangup tidak melihat filem-filem dan mendengar lagu k-pop yang kebanyakkan melalui tipu daya Zionis Laknatullah..!

Wahai pemuda-pemudikita bersenang-senang sedangkan saudara seagama kita menderita KERANA KITA..Ahhhh.. kenapa pula???? Blurr... Begini adik, akak, dan abang sekalian... orang Yahudi sentiasa mencari pelbagai sudut [macam kaedah syaitan pula kan..khuwahahaha...] untuk menghancurkan Islam bukan hanya dengan mata fizikalnya tapi yang lebih bahaya adalah dengan mata-mata yang halus... Jeng-jeng... Ia juga dikenali sebagai "Ghazwul Fikh" iaitu "Serangan Pemikiran". Serangan pemikiran tanpa disedari keberadaannya, tanpa merasakan keberadaannya... kerana dilakukan secara halus..

tuuuut.. lihat gambar di bawah nei... 



3S dan 3F yang merangkumi aset Yahudi untuk menghancurkan anak-anak remaja diseluruh dunia
3S----> Seks, Smoke and Sport
3F.....> Fun, Fashion and Food
Apa kena mengena pula dengan 3S dan 3F nei... bluurrrr...
Melalui 3S dan 3F nei ramai remaja dan dewasa menjadi lemah dari segi pemikiran untuk berfikir, alpa dan lalai kepada perintah Allah swt.. betul tak..? kan betul.. siapa tak mengaku???? tanya hati, mata dan telinga sendiri... cyeah...!
Remaja dikaitkan dengan ohh.. fun, enjoy, game, fesyen, smoke yang lelakinya. perempuan pula dengan fesyennya, makanannya, banyak lagi lah..[satu baldi air liur meleleh untuk menyakinkan perkara sebenar dush3... ] Jangan penat mengajak, menyeru, dan menasihati dan memberitahu hal sebenar yang terjadi dalam kehidupan masa kini.. cukup power godaannya... Wahai hati-hati yang masih mudah, yang masih panjang sisa perjuangan jangan membuang usia dengan ghazwul fikh di atas.. [peluh banyak nei. nanti kang di saman or bawah ke muka pengadilan]

Bukan apa akak-akak dan abang-abang
Nei adalah kebaikan kita semua terutamanya untuk kebaikan dunia dan akhirat. Bagaimana rupanya amalan kita di dunia begitu juga timpalan yang kita peroleh. Jika kita hanya duduk tengok movei "Korea" berdance "Gangnam Style".. Apa pula yang kita dapat di akhirat.. Allah swt tak tanya filem apa yang kita tengok, pandaikah kita menari, cantik dan bergayakah pakaian kita kat dunia.. Tidak..! saudara dan saudari... 
Saudara dan saudari Malulah..malulah dengan Nabi Junjungan kita Rasullullah saw, di mana masa hidup baginda tidak pernah seperti kita yang mewah, serba baharu sana-sini, walaupun orang Qurasy menawarkan harta dan wanita pantas sekali Rasulullah menolaknya kerana tawaran itu akan merosakan pemikiran, melalaikan dan membuat kita alpa pada yang Esa..huhuhuhu.. [air mata bertaburan sana-sini menangis keinsafan]

Ghazwul fikh juga melatih kita berfikir di satu sudut yang statik bukannya dinamik. Malah melatih pemikiran kita supaya tidak mengambil berat tentang hal-hal kemanusian yang berlaku di beberapa negara Islam ia lebih kepada al-kisal "PERCINTAAN". berada di zon selesa, bebas dari masalah walaupun akikatnya assignment berlambak.. Jeng-jeng ketahuan....
Itulah serangan pemikiran tanpa disedari keberadaannya sungguh pun ia dekat dalam kehidupan kita Tapi saudara dan saudari berbanding itu semua, MATI lebih dekat dengan kita sebenarnya..
Adakah anda bersedia.????
Tanya lah iman, hati dan amal sendiri jika sudah melayakkan ke SorgaNYA... 
Renunglah Firman Allah:- 
"Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNYA dan berjihadlah pada jalanNYA supaya kamu peroleh kejayaan." [QS al-Ma'idah: 35]
Wassalamualaikum... 


Sunday 7 October 2012

Makna Kehidupan 2


Kehidupan bukan yang digambarkan sebagai "Kehidupan Bahagia" bukan juga sebagai "Para Anbiya dan Para Sahabat" di satu-satu zaman. Tetapi zaman kini buatlah suasan zaman kini yang moden cumanya masih menggamalkan cara dan kaedah di zaman para sahabat menyebarkan Islam di seluruh dunia.
Yaa, sepertinya bermusafir, yaa harus berdakwah amal ma'ruf nahi mungkar.. pelik..???
Yang pelik itulah yang baik, luar biasa dari kebiasaan dilakukan oleh orang biasa... erhmm.. tersentak diri.. yeah,.. hehehe

Mari kita melihat firman Allah SWT:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Meraka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadika khalifah di bumi itu orang akan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Enkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [QS al-Baqarah:30]

Awal-awal lagi malaikat mengetahui sifat manusia ini yang suka membuat kerosakkan di muka bumi dan di sana-sini menumpahkan darah manusia tanpa ada sedikit pun belas kasihan. contoh apa yang berlaku di negara Islam yang sedang bergolak seperti Palestine, Syria, Rohinya, dan banyakkan lagi. 
Apakah ini dinamakan kehidupan.?? 
Apakah ini tujuan dan matlamat hidup hanya untuk membuat kerosakkan di bumi terchenta ini..???
Tanya pada diri sendiri, adakah ini kehidupan yang sebenar... sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tiap-tiap menciptaan maklukNYA. 

komfirm pening.. Dush3... [+ pening lalat]
Nak bagi tahu yang hidup nei bukannya seperti robot yakni melakukan sesuatu perkara yang berulang-ulang tanpa ada apa2 perubahan pada diri, agama, masyarakat dan negara...
Bukannya nak menyeru supaya sentiasa bertasbih sepanjang masa seperti malaikat.. tidak... ! Aik perlu juga tapi tidak perlulah sampai tahap "Gaban". cumanya ada perkara penting lagi yang perlu kita lakukan iaitu menyeru..! berDakwah..! & menyantui hati-hati di luar sana agar tahu tujuan dan matlamat hidup sebagai khalifah dan hamba kepada Dia Yang Maha Esa. 

Nak bebaskan negara-negara Islam yang ditindas..! Ahh.. tak dengar, ulang semula...???? cyeah..
Semangat..! InsyaAllah, Jika semua orang yang diseru dan didakwah tahu makna kehidupan di bumi Allah ini pasti negara tunduk dan patuh pada perintah Allah. Maka lahirlah jiwa-jiwa yang sentiasa rindukan jihad fisabillah seperti para anbiya dan sahabat... itulah dikatakan cara dan kaedah hehehe..

Makna kehidupan lebih luas skop pengertiannya
Hati dan perasaan yang dapat mengerti makna kehidupan yang sebenar melalui persamaan fitrah manusia yang suka akan melakukan kebaikkan, suka akan kebaikkan pada semua disekililingnya...
Huhuhu.. Namun mengapa ada lagi di luar sana blur, pura-pura tak ambil tahu, memang jahil
Siapakah yang harus dipersalahkan..? pihak jabatan agama..? tidak benar sama sekali...!
Mari kita renung tanggungjawab diri sendiri... tanggungjawab sebagai ketua keluarga, insan yang perihatin atau manusia yang menambahkan redha Allah semata-mata membantu agama Allah untuk terus berkembang dan digunapakai dalam semua aspek kehidupan seperti para sahabat dahulu.
Apa sumbangan kita untuk malahatan ummah..?
Jawab sendiri pada hati, mata, telinga, dan tangan..
jeng-jeng...

Jangan biarkan diri diracuni fikiran hiburan Yahudi kerana badan sentiasa lemah untuk berjihad di jalan Allah...
Buatlah bentang pertahanan atau tembok besar China agar segala yang kurang baik dapat dihindarkan dan dijauhi agar semangat muda-mudi negara sentiasa bergobar-gobar mengajak orang lain mendekatkan diri pada Allah SWT..
Aaamiin..

Makna Kehidupan

Hidup perlu ada tujuan
tujuan yang bagaimana???
adakah kita dillahirkan tanpa ada tujuan dan matlamat hidup?
Peranan hidup perlu dimainkan dalam kehidupan agar hidup kita mendapat redhaNya dan SorgaNya... 

Sesetengah orang hidup untuk enjoy. Menghabiskan masa dengan perkara yang menyeronokkan, mencari sesuatu yang memuaskan nafsu gembira dengan membeli perkara-perkara yang tidak berfaedah. Namun pernah tak bertanya pada hati... "sudah puaskah aku"?? ahhh...
tanyalah diri sendiri bagaimana tahap kepuasan hidup dalam kehidupan yang nampak indah tapi kosong di satu sisi perspektif orang lain...

Yaa, hidup mesti fun dan mencuba perkara yang baru, mencuba fesyen terbaru, mencuba tarian terbaru dan ter"HOT", ermmmm.... perlukah???
cuba tanya hati, cuba tanya anggota badan yang lain mata, hidung, telinga dan badan jika perlukan semua itu???
renungkanlah...
hehe.. pembuka permulaan blogger :D
Up