Friday 7 February 2014

Harapan Menggunung Sang Tegar Kebenaran

Assalamualaikum,

Nukilan penulisan bukan samata untuk orang kenal siapa kita. Tapi persoalannya dalam gerak dakwah adalah bagaimana kita mampu menyumbangkan pena yang menjadi penyebab makcik hidayah itu sampai kepada seseorang. Kata-kata satu pembohongan yang nyata buktinya bila menghadap Allah swt di akhirat kelak, mulut akan terkunci agar tidak berkata-kata, anggota badan yang bersaksi atas perbuatan kita. Pena hasil nukilan manusia yang cintakan berkarya mampu memberi impak yang cukup besar kepada perubahan peradaban dunia. Buktinya pejuang kebenaran Hassan al-Banna, Syed Qutb, Zainab al-Ghazali meruapakan penulis yang tegar di atas kebenaran yang haq semata-mata berharap menumpaskan dan mengelincirkan taghut sembahan manusia sehingga kini. Malangnya, apakah yang berlaku kepada penengak kebenaran ini????
Akhirnya mereka mati ditali gantung penjara...sedihnya...

adakah sedih cukup membantu mereka meneruskan gerabak murni ini..??? TIDAK..! Mari kita perhatikan harapan mereka yang cukup tinggi dalam membentuk Individu Muslim yang cekal dek ujian dan seksaan para tegar taghut yang berbahagia di dunia semata. Tahukah kita, semua yang berlaku adalah satu propaganda Yahudi bagi menghancurkan umat Muhammad saw hingga hilang dan hapus di muka bumi ini. Sedar tak sedar kita telah hidup dalam keadaan robot yang dikawal sepenuhnya oleh mereka yang mengamalkan taghut tegar. 

  "Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat menerima penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Ibrahim: 4)
Allah berhak ke atas sesiapa mengikut kehendakNYA. Mari berdoa agar kita dalam kalangan orang yang mendapat petunjuk dariNya. Cukuplah Allah sandaran dan Pelindung bagi rijar-rijar kebenaran. Tahukah bagaimana mereka (tegar kebenaran) mampu berkorban tahap gaban sekali dalam memperjuangkan agama Allah..??? REDHA ILAHI TA'ALA... Ya,ya.. dalam meraih redha Allah bukan hanya beribadah khusyuk kepadaNYA bahkan kita kena melakukan sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada Islam (agama yang diredhai Allah) . Keyakinan dan keteguhan iman mereka akan janji-janji Allah mendorong mereka terus melaju membawa syiar Islam ke serata pelusuk dunia. Islam Pasti Menang!! Allah menjanjikan kemenangan berpihak pada Islam akhirnya, Allah juga menjanjikan Syurga bagi mereka yang memperjuangkan agama Allah... Apakah tindakan kita bila mana Allah telah berfirman sebegitu??? adakah kita hanya menganggapnya cukup sebagai pengetahuan atau sebagai sesuatu yang pasti berlaku "Kun Payakun" tanpa membuat apa usaha dalam memiliki Syurga Allah, Syahid di jalan ini..??

terlalu banyak persoalan menerka minda kita... Fikirkan lah harapan menggunung para tegar kebenaran. Tidakkah kita maklum bhawa jalan Dakwah ini tidak memerlukan kita dalam mencapai dan merealisasikan kemenangan Islam bahkan kita..kitalah yang memerlukan dakwah bukan hanya pada diri khasnya malah kepada kaum kerabat kita yang masih berfantasi bersama taghut kesayangan meraka.. Siapa yang dapat menyedarkan mereka??? Siapa yang sudi menjadi penyebab Makcik Hidayah sampai kepada mereka??? Tentunya insan yang punya hati sayangkan umat Muhammad, tentunya insan yang rindukan Syurga Allah yang dalamnya ada kaum keluarga dan sahabat muslimin dan muslimah bersama menikmati kenikmatan Syurga yang dijanjikan Allah..InshaAllah..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencngah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung" (Ali-Imran: 104).

Ya, sangat benar kebenaran firman Allah di atas, kenalah ada di antara kita yang menyeru kepada kebaikan hatta cuma segelumit kebaikan. Rasulullah SAW berpesan kepada umatnya, "sampaikan lah kebenaran dariku walaupun sepotong ayat walaupun ia pahit untuk mereka". Kalau lah di dunia ini tidak ada yang mengajak kepada kebajikan, nescaya semua manusia nampaknya akan menjadi pengguni Neraka Jahanam...Nauzubillah minzalik..Astagfirullah.. Tetapi betapa cantikya firman Allah, betapa Allah kaya dengan nama-namaNYA yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah tidak pernah menzalimi umatnya bahkan kitalah yang menzalimi diri sendiri atas tiap-tiap perbuatan kita selaku manusia yang kerdil lagi hina. 

Terlalu banyak hendak dinukilkan dalam sesi ini tetapi atas kelemahan diri dalam mengulasnya sangatlah kerdil. Ingin di hati berkongsikan kisah hidup para syuhada yang menemuhi ajal kesyahidan di medan penulisan dan memperjuangan kebenaran yang hakiki dan haq sebagai santapan pada generasi pemuda yang tegar akan kebenaran dan mempunyai matlamat yang sama iaitu menengakkan syiar Islam di muka bumi ini. pantas kelemahan yang ada membawa kita menukilannya setakat ini sahaja. InshaAllah pada hari-hari berikutnya, hajat di hati ingin mendedahkan dan menyelongkar kisah-kisah tegar kebenaran agar menjadi iktibar dan momentum kepada rijar-rijar di luar sana menjadi aspirasi pendorong lebih melaju dalam kerja dakwahnya....

wallahualam,
Astagfirullah...Astagfirullah...

chenta kepada kebenaran dalan meraih kasih Ilahi
Wassalamualaikum wbt...


Up