nurtarbiyyahstory.com |
12/07/2012
Hari ini banyak ibrah
yang saya dapat antaranya dari perbentangan pagi tadi. Saya membentangkan kertas lecture erm, miss Roziah nama timang-timangnya. Perbentangan saya tidak seperti yg diharapkan
atau yang dirancangkan.. huhuh...
“take note” di sini,
saya masih dalam posisi kedengkalan ilmu, betul apa yang sahabat fillah saya
kata “Kita apa yang kita baca”. Dia mengambil kata-kata daripada Wahidah. Sungguh memang benar apa yang diperkatakanya.
Saya mengakui dan beriman dgn al-Quran dgn seisi kandungan.. Maha Suci Allah
yang sama sekali tidak menzalimi hambaNya, melainkan hambaNya yang berbuat zalim
terhadap diri mereka sendiri. Turunya firman Allah yang pertama yang diserukan
kepada Rasulullah solallahu alahi wasalam “Iqra..” Bacalah...
Menunujukan disini bukan
sahaja Allah menurunkan firmannya tanpa ada kebaikan dan hikmah di situ.
Benarlah kata pujangga “ilmu menentukan kehidupan seseorang, menjadikan yang
miskin kepada yang kaya, yang bodoh kepada pandai, jahil kepada faqihi dan
faquhu...
Adakah sahabat yang malu
bertemankan dgn kita kerana kita “bodoh”? adakah sahabat yang memberi semangat
dan pembetulan si atas kesalahan dan ketidaktahuan kita?..
Memang ia sangat
mencabar iman dan hati... Yaa, lah kan selama ini kawan bukan main rapat tapi
bila kita salah sikit, bodoh sikit dah berubah kepercayaan dan keinginan untuk
berteman.. huhuh.. Alhamdulillah ada juga yang still mengajak, membetulkan
kesilapan, sayang dan take care tentangg kita... hehehe.. Subahanallah indahnya
ukhwah fillah kerana Allah...
Hati memang sentiasa tak
menentu, kejap semangat, kejap murung dan sentiasa berfikiran negatif. Itulah
adanya sahabat yang perlu kita dampingi untuk menghilangkan sifat-sifat mazmumah...
Hati dan akal memang
istemewa kerana saling berkait. Kalau hati mendambakan kerinduan dan redha Yang
Maha Esa seiring dengan akal yang sentiasa berfikir akan ciptaanNya yang indah
lagi ajaib... Allahuakbar..! indahnya cerminan akhlak dan pertuturan yang
keluar dari mulut kita... kan tulah lebih baik daripada kita sentiasa
mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.. teringat plak katakata indah
“daripada berkata-kata kosong lebih baik diam.. dan diam tidak bererti kalah
dan “bodoh”’...
Sekiranya kita banyak
membaca, hati dan akal pun diam dan menerima ilmu dgn sucinya. Hati terjaga
hatta akal pun berfungsi dgn baik dan sel-sel saraf pun sentiasa memproses data
ilmu yang dibaca.. hati pulak sama ada teruja, terharu, gembira, sedih dan
tersentuhlah hasil pembacaan kita... dan seterusnya berzikirullah.. tidak dilupa “keyword” nei daripada Pahrol
Mohd. Juoi “Nota Fikir untuk Zikir”. Kita fikir dengan membaca, kita ambil
pengajaran dan terus berzikir dgn al-Asmaul Husna.. heheheh
14/07/2012
Aku harus teguh terhadap
dir dan tetap dengan hati dan iltizam yang ingikan berubah dan sungguh kerana
Allah. Kurang aktif dalam FB tambahkan ibadah semata-mata kerana Allah kan itu
lebih baik. Biarlah apa orang nak kata yg penting aku ada Allah dan hanya Allah
yang aku inginkan dan aku harapkan. Berlaku ihsan seolah-olah Allah melihat kita..Memang
pun Allah Maha Melihat kan...
justeru itu, kita kan manusia sifatnya kalau tidak nampak, tidak tahulah.. hehhe TAPI sungguh Allah melihat perbuatan kita hatta dalam
solat selalu beringatlah yang Allah melihat kita.. jaga hati susah namun bila dah dapat kawal hati dgn iman dan
ihsan InsyaAllah semua berada dalam ketaqwaan Illahi Ta’ala.. sumpah perjalan
jihad sungguh PANJANG...! habuan yang kita dapat hanyalah KEPENATAN, KESAKITAN
DAN DISAKITI serta PENGORBANAN yang
banyak deangan WANG dan TENAGA MASA...TAPI ia OSEM...!!! kerana di situ ada
kemanisan iman yang jarang sekali orang dapat...! adapun hanya sementara tidak berterusan..InsyaAllah selagi kita berdoa supaya Allah mentarbiyyah kita
ditambah keinginan dan kerelaan hati menerima dugaan dan tarbiyyah dr Allah
maka kita bersiap sedia kannn.... yeah... Alhamdulillah...
Moga aktiviti pertama
anjuran kami Gadis Osem berjalan dengan baik... REHLAH... seronok mengendalikan program dapat
ilmu dan pengalaman agar suatu hari kelak kita bole menguruskan program yg lagi
besar punyah.... hehheeh
Moga Institut, ada pelapis
dan pewaris para DA’EI.. tuk meneruskan kerja DAKWAH yang mulia lagi Osem..!!!!
MALAM,
Program Rehlah akan
berlagsung esok, Sedih..! semakin banyak yang undur diri dari mengikuti program
nei.. huhuhu.. Ya, Allah.. kuatkan hati kami menghadapi ujian ini, sungguh
incident ini tidak bole disalahkan siapa-siapa kerana ia berkait dgn ahli
Usrah.. ahli Usrah masih blum serius dan tarbiyyah.. dan masih mengamalkan
perbuatan JAHILIYAH dalam diri masing2.. huhuhu.. terasa..! kami mungkin blum
matang dan belum bersungguh2 dlm soal DnT.. HUHUHU..Yaa, Allah Maafkan kami Ya
Rabb.. tunjukkan lah kami jalan yg benar dan lembutkan hati mereka yang berada
dalam mengikuti Taujihat kami...
Semua dah kami
sediakan.. kalau tak ramai pergi .. sedih tengok ahli Usrah yang lain..
huhuhu.. Inilah ujian yg baru bermula dan ia akan bertambah selaras dengan
pengalaman dan kefahaman Da’ei... kami ahli Usrah WAJIB tinggalkan segala
perbuatan JAHILIYAH yang sudah menjadi adat resam individu... kami yang SALAH
ya Allah.. Maafkan kami..! berikan kami petunujuk dan kesedaran yg perlu kami sedari agar kepentingan dalam DnT..
dapat hadapinya dengan Redha Mu dan berjalan dengan lancarnya..Aamiiin....
Hanya doa dan perubahan
diri mampu mengubah ORANG lain untuk berubah.. Ya, Allah bantulah kami dan
teguhkan hati kami agar sentiasa dalam DnT.. InsyaAllah, dengan hati yg suci
dan betul2 mengabdikan diri kepada Allah mampu menguatkan rohani dan jasmani.
Hamba tidak dapat HIDUP tanpa Allah....
bersambung....
hehehe, nei adalah coretan tahun 2012..
ia sebagai khazanah yang bernilai..
ia sebagai sejarah bagi diri ini kerana ia adalah yang benar dan apa yang berlaku...
hehehe, nei adalah coretan tahun 2012..
ia sebagai khazanah yang bernilai..
ia sebagai sejarah bagi diri ini kerana ia adalah yang benar dan apa yang berlaku...