nurtarbiyyahstory.com |
17/07/2012
Hari ini, saya sangat
terkilan dan berbaur sedih dan rasa diri disayangi dan ada juga rupanya
kawan-kawan yang mengambil berat akan diri ini yang banyak kekurangan .... sebab
kawan-kawan saya menasihati saya tentang apa yang kurang dan silapnya diri ini
di pandangan mata mereka... yang terhantuk lagi kaum lelaki yang menasihati
saya... huhuhu..Ya Allah, adakah saya hina dan bodoh dipandangan mereka.. tak sangka mereka terlalu mengambil berat
akan diri hambaMU ini... mereka menerangkan satu persatu akan yang perlu saya
ubah dan terasa saya telah mencemarkan maruah perkataan “DAKWAH” di kalangan
mereka... tak sangka mereka meyayangi diri ini walaupun saya seringkali
menyangka buruk terhadap mereka huhuhu... Ya Allah ampunkan doa saya.. betul ya
Allah.. kita jangan bersangka buruk, jangan mengecilkan dan merendahkan orang
lain, jangan menghinakan sesuatu kaum.. kerana boleh saja dan tak mustahil
mereka lebih baik dari kita.. huhuhu...
Sangat bersyukur hari
ini kerana dapat satu motivate dan dorongan serta semangat dari kawan-kawan
untuk saya bangkit berjuang... benar
kata mereka dan saya perlu ada jadual harian saya untuk belajar... ! saya tak
nak mereka lihat seorang da’ei sebegini rupanya... InsayaAllah dengan panduan
dan kerjasama dari teman-teman saya akan maju jaya kehadapan dan terus
menonjolkan ciri dan kekuatan “DAKWAH” itu di pandangan mata mereka... agar
mereka pun yakin akan JALAN ini dan Qudhuha Hasanah pun berlaku dengan
sendirinya kerana mereka lebih tahu dari saya...
Memang ia tamparan HEBAT
lagi MENUSUK ke hati dan perasaan saya atas apa yang mereka perkatakan..
huhuh... Ia satu NIKMAT di hari ini... cukup membuka mata, menyedarkan, dan
dorongan yang ditunggu oleh penmgetahuan
secara umum walaupun nampak “Remeh” namun ia sangat menusuk ke hati dan
pemikiran agar sentiasa bersedia ditegur oleh manusia kerana ianya datang dari
ALLAH SWT... Allahuakbar..!!!
Kesimpulannya, terima
kasih kepada kawan-kawan saya... saya SAYANG antum.. Barakallahu feekum..
respondingnya adalah terserah kepada diri ini untuk menerima dan mempraktikskan
agar membuahkan hasil daripada perubahan... Allahukbar, Subahanallah,
Astagfirullah... Alhamdulillah..
Akan saya ingat sampai
bila-bila nasihat yang mereka berikan... ia sungguh menyentuh hati pemikiran
ini... mudahan dengan ini saya akan cekal dan teguh dalam membentuk perubahan
dalam diri.. dan saya harus buang sikap malas, lemah longlai, sombong dan harus
berubah sikap ke arah riang gembira, bergaul dengan sesiapa sahaja, dan rujuk dengan
kawan tanpa ada rasa sengan dan malu kerana kita sama-sama BELAJAR......
huhhuhuhuh...... ?
27/07/12
Ya, Allah benarkah
pengaruh kawan itu kuat...?
Ya, Allah kadang2 aku
rasa keliru, mungkin sebab aku kurang faham..? kenapa ya, Allah aku tak
serik-serik akan yg berlaku di sekitarku...? kenpa ya,Allah aku tak makan saman
dosa huhuhu...
Aku ingin kan penjelasan
dalam persoalan di benak fikiranku sejak akhir2 ini.. hhuhu.. ya, Allah bukan
hamba menyesal dan mengeluh TAPI hamba merasakan ada perkara yg belum jelas
lagi yg hamba teringin nak tahu apa penyelesaiannya.. ya Allah berilah hambamu
ini pengetahuan dalam perkara ini...
Apakah hamba ini jumut
sangat sehingga perkara seperti ini menjadi masalah yg menghantui emosi dan
perasaan ini....?
Ya Allah hamba silap
sebab masih lagi belum consisten dan comittet dalam melawan nafsu sendiri....
tolong hamba ya Allah huhu ;’(
Jangan biarkan hamba
dalam kesesatan yg nyata dan perpanjangan...
Ya Allah hamba perlukan
bantuan mu Ya Allah....
Tolong hamba ya Allah...
hamba mohon... =( huhuhuhuh
Sungguh ya Allah semakin
hamba mengorak langkah menuju mu
Semakin hamba rasa
tersabar dan semakin banyak hamba tak tahu... Allahhuakbar..!
Ya Allah sungguh dunia
ini hanyalah sementara penih dengan tipu muslihat, dosa yg nyata, memenatkan,
melalaikan, mengalpakan, merumitkan dan menghiburkan dengan seksual antara
lelaki dan perempuan...
Tapi Mengapa juga hamba
sering terbuat dengan sengaja....
Hamba membiarkan diri
ini terpesona dengan perhiasan dunia yg sementara
21/08/12
Dalam beberapa hari di
rumah kak. Yat dan keluarganya banyak yang saya dapat ibrah. Baru sya tahu lain
orang lain ragam, lain bangsa lain kepercayaan dan lain bahasa lain
kefahaman...huhuhuhuh...
Bukan apa sar rasa ada
pengikat antara bangsa nei dgn bgsa tu..negeri tu dgn ngeri ini.. macam-macam
lah... sya pun tak tahu bagaimana nak cakap lagi yaa...
Tapi ia kadang-kadang
sngt mencabar kesabaran sya.... rasakan macam nak pecah kesabaran diri namun
Maha Tinggi Kuasa Allah..ALLAHU AKBAR..! sesungguhnya menguji hamba ini bukan
sahaja menguji tapi meningkatkan pengalaman akan lumrah kehidupan dunia yang sementara..
dan Allah juga melatih diri ini ke arah kesabaran yg tinggi..Subanallah..
Saya bersyukur sangat dapat
merasakan nikmt seperti ini... bukan smua org dpt rasakan sebegini rupa.
Memang lah tak dinafikan
agak sedih tak balik kmpg..rasa bersalah pun ada rasa..apa lagi rasa sedih..pertama
kali raya perantauan. Tapi sya anggap nei sebagai latihan, traning untuk
persiapan diri tuk masa hadapan... dan yg paling penting sya tak nak manjakan
diri ini agar sentiada berdikari... kerana sya nei belum lg ke arah berdikari
sendiri rasa blum cukup lg pgalaman di sarawak nei... sya nak rasakan byk pengalaman dan latihan
agar bila dah keja nnti saya bole konsisten dgn apa2 bentuk dugaan dan
cabaran... Aamiin...
10/09/12
Rupanya hari ini adalah
hari perpisahan kami sekelas dengan Miss Roziah... hampir aku tak sempat
mengucapkan tahniah, terima kasih dan mohon maaf dengan miss.. huhuhu....
Biiznillah aku diberi kesempatan Allah untuk mengagahkan diri turun ke Jabatan
Pengajian Sosial... hehehe... Alhamdulillah...
Terasa sebak dan sedih
amat bila kali terakhir mendengar taklimat, nasihat dan galakan dari pensyarah
yang kami kagumi dan hormat [Pengritik hebat]. Bukan kerana hanya dia seorang
yang tegas dan ganas dengan sifatnya membuat kami takut tapi kerana ilmunya
yang cukup kami banggakan yang berbeza dengan pensyarah yang lain. Ya Allah
pengajaran Miss cukup terkesan dan terkena di hati kami adakah dia seorang yang
taat kpd perintahMu.... Wallahualam.. mudahan begitu. Ya Allah aku teringin nak
buktikan yg diri ini akan menjadi seperti dia yang hebat dari ilmunya...
Ya Allah aku bayangankan
kalau miss menjadi salah satu orang yang memperjuangkan agama Islam dalam
kehiudpannya ditambah dengan kebolehan dan kepintarannya yang Engkau kurniannya
kepadanya... eloklah kiranya digunakan sebaik-baiknya untuk melakar dan membina
tamadun Islam semula.
Allah sesungguhnya
hidayah milikMu... aku tak berkuasa menentukan sesuatu mengikut kemahuanku..
aku hamba yang merancang dan berusaha.... Allahuakbar..! Engkau berikanlah miss hidayah yang tak disangka-sangka
datangnya.. aku mohon ya Allah... berkatilah dia, lindungilah dia dan berilah
dia fikrah yang sebenarnya untuk dia jadikan sasaran matlamat untuk hidup.
Allah bolehkah aku menjadi
seperti miss sedangkan aku sangat lemah dalam berbahasa Inggeris hatta bahasa
yang lain... Teringin dan berazam InsyaAllah aku terus kuatkan hati... tergiang
kata-kata nasihat miss kepada kami skelas “ jika ingan berjaya harus ada
tabah.. displin.. dan sabar... yaa betul tuu... tabah, disiplin, dan sabar tuu
sukar dilakukan selalunya manusia hanya hinggap di tengah jalan sahaja kerana
tak sanggup menghadapi kesukaran menjalani ujian kehidupan... Allahuakbar..!
kautkan sar Ya Allah agar ada keberanian mengajak miss kepada perjuangan suci
lagi murni nei.. Aaamiiiiin.... Allahumma Aamiin...
23/09/12
Huhuhu, pagi yg
mengeramkan... bukan apa, buka FB nampak kwn buka aurat, huhu.. Allah..! sedih
berbaur geram aku dibuatnya... Ya, Allah inikah umat Muhammad yg Engkau pernah
nyatakan dahulu.. kesudahan yg hina lg jijik.. bukan jijik pada di awal proses
pensenyawaannya malah, kejijikan dan kehinaannya terserah pada sikap dan sifat
yang melampau batas... YA ALLAH.. bagaimana aku mengubah mereka ini...
huhuhu.... gerammmm!!!!!
Seolah-olah aku tak
dapat menerima ini semua berlaku.... alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam
Engkau memberiku HidayahMU, menjadikan hati dan naluriku membenci dunia....
huhuhhuhuhuhuhuhuhuhuuhu...
Ya Allah, kini aku sudah
bebas dri segala perbuatan yg Engkau hinakan... mudahan hati hambaMU ini akan
istiqamah dlm perjuangan Islam,, hamba serahkan urusan jodoh, rezeki dan
semuanya kpd Mu Ya Allah.... hamba ingin fokus dn serius dlm DnT ini... tolong
dan bantu hamba Yaa Allah.... :D
" Kerana hati sentiasa berbolak-bali..Kerana iman yang sentiasa ada
turun dan naiknya..Atas sebab itu, diri sentiasa perlu ditarbiyah!..Dibasahi
dengan ruh2 iman dan Islam..Supaya terbit rasa 'izzah di dalam jiwa setiap
hamba Allah!.......
Pengalaman mematangkan kita, kesalahan juga mematangkan diri untuk membetulkan diri agar lebih berwapada lebih-lebih lagi soal kehidupan yang belum menjanjikan kebahagian namun janji Allah itu pasti...! Aku yakin..Allahuakbar..! :D